Janganlah Kau Pulang

29 1 1
                                    

Aku mengasihimu sejak aku mula mengasihanimu. Tanpa aku sedar doa-doa yang aku ucapkan atas tiket peduli seorang sahabat bertukar menjadi peduli yang lebih lagi. Mengapa aku diuji dengan perkara yang rumit dan sukar begini?

Sedangkan orang lain mudah mengasihi kesayangan mereka sejak terpandang matanya, mungkin terpikat akan senyumnya ataupun tertarik akan manisnya bicaranya. Aku tidak semudah itu.

Aku melalui jalan yang panjang dan berbagi kesulitan untuk menemui dan memahami apa yang aku cari. Di suatu kawasan damai, aku menetap dan mendiami.

Lantas kau datang, ketuk. Masuk. Aku tak ingin kau pulang. Aku mahu kau berumah, kekal di situ.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now