Penerimaan adalah Satu Beban

67 4 0
                                    

Kadang-kala bukan kita tidak berani meluah, cuma kita belum berani untuk mendengar kata yang bakal dibalas. Niat kita sering disalah erti untuk kepentingan diri walau kita setulus hati memberi. Kerna hal sebegini aku kekal membisu. Lebih selesa biar waktu berlalu, berbanding melawan kata dengan insan keliru.

Namun sampai masa, aku rasa kesal dengan rasa selesa yang bikin jiwa tiada perisa. Pegun tidak ke mana, bertambah tepu. Menjaga hati sendiri paling menyeksa apabila masa yang sama mahu jaga hati mereka. Pengorbanan melepaskan nikmat sendiri demi jiwa yang lain, aku lihat acara ini mulia. Tapi ia dibayar dengan harga yang tak tergambar dengan kemampuan kita. Boleh jadi kita berpura-pura tulus lantas hati membarah ungkit-ungkitan masa lampau.

Seeloknya jangan memberi kalau kau mahu ungkit kemudian hari. Cukup kau lukai aku hari ini dan aku cari sendiri apa yang kau tak mampu beri.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now