Bingung Sendirian

49 3 0
                                    

Mengapa lari bila aku ada?
Tegarnya kau sembunyi
Aku cuma singgah sahaja
Aku datang tak lama

Apakah aku ini menyakiti kamu?
Aku tak betah mengasari
Apakah aku ini ngeri buat kamu?
Aku tak pernah menakutkan

Siapa aku? Jawablah menurut hati
Masih lagi aku berteka-teki
Berterusan tertanya sendiri
Termangu buat sekian kali

Anggaplah aku ini debu
Pabila dihembus sang bayu
Lantas aku terusir pergi
Terbang tersisih tak kembali

Usah bingung selalu
Aku bukan sesiapa
Kamu lebih tahu
Aku ini bagaimana

Lupuskanlah yang kekok antara kita
Aku mahu kedua kita terusan bahagia
Walau kesempatan untuk bersama
Tak pernah langsung ada

Maaf, jika aku pengganggu
Aku tiada niat masuk ke situ
Mungkin terlalu kerap bercanda
Hingga kamu tersalah sangka

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now