Langit Hari Itu

221 15 9
                                    

Kali terakhir aku ke situ adalah ke majlis yang tiba-tiba sahaja berlangsung. Majlis yang tak pernah tahu tarikhnya tapi akan tiba juga. Mujurlah cuti raya masih berbaki, aku bergegas ke rumahmu.

Ibumu berwajah sugul, cuba memaksa garis senyumnya bila ternampak aku. Aku cuma mampu memeluk dan menyampaikan salam. Lantas aku membetulkan sedikit selendang ibumu.

Sahabat, perjalanan aku hari ini tenang. Sama seperti langit yang ku lewati untuk menziarahimu. Sama seperti langit yang menemukan kita belasan tahun sebelum ini.

Dulu aku terjatuh dan kau sambut. Hari ini kau terbaring dan aku cuma mengiring.

Debu yang TercontengWhere stories live. Discover now