Jika kau terasa aku menjauh, pernahkah kau terfikir apakah kita sebegitu dekat? Hatiku suatu dataran luas. Kau jejak, kau pijak dan kau hentak. Berbekas semuanya. Kau cuma berlalu semahumu, melaju semahumu. Meninggalkan pergi dan kemudiannya datang kembali.
Maaf kini aku sudah menaikkan pagar. Agar yang buas sepertimu tak lagi mudah masuk. Berlarilah kau, kau tak mampu aku jinakkan. Lantas aku cuma terdaya mengusir. Meski terlalu ingin kau berdamping, namun itu bukan lagi penting. Kau yang memilih untuk berterusan menjadi yang kau lazimi.
Bagiku, perkara yang kau fikirkan mustahak itu amat mustahil buatku. Seperti itu jua di pihakmu, yang aku anggap utama hanya selayaknya menjadi bahan tawa bagimu.
YOU ARE READING
Debu yang Terconteng
PoesíaHanya kata-kata usang yang bila-bila masa boleh ditiup terbang lantas hilang. Barangkali bisa menebal namun mana mungkin kekal, satu masa debu ini akan tertanggal. Debu-debu yang tak dipeduli, meski terlihat kotor namun masih suci; berbanding hatiku...