Prologue

6.7K 399 80
                                    

PROLOG


Dentuman demi dentuman meletus dengan kuat. Pekikan dan lolongan bergema dari setiap arah. Orang ramai berlari bertaburan di kawasan yang huru-hara itu. Ada yang menyelamatkan keluarga masing-masing, dan ada juga yang lari menyelamatkan diri sendiri tanpa memikirkan bagaimana nasib orang lain. Perkampungan kecil itu kini bertukar menjadi tapak peperangan yang dahsyat sekali. Lembaga berkelubung menembak ke sana-sini yang hanya bertujuan untuk menghancurkan tempat itu dan membunuh semua orang tanpa ada belas kasihan. Rumah-rumah yang diperbuat daripada kayu kini hanya tinggal sisa-sisa debu langsung tidak boleh diperbaiki lagi.

"Farra!!"

Lelaki berumur itu segera menyambar seorang budak perempuan berumur dalam lingkungan tujuh tahun yang sedang berlari mencari tempat perlindungan sambil menangis kuat tidak tentu arah. Anak yang masih kecil itu tidak faham. Tidak faham apa yang sedang berlaku saat itu.

"Ayah!!"

Lelaki berumur itu kemudiannya membawa kanak-kanak bertocang dua dengan memakai gaun pendek dan masih menangis itu ke tempat yang boleh dijamin keselamatannya walau hanya satu peratus sahaja. Dia memandang sayu anak kecil itu apabila yakin bahawa tempat itu selamat.

"Dengar sini, nak... Awak mesti keluar dari sini."

"Ayah..." rintih budak kecil itu masih lagi menangis teresak-esak. "Apa yang dah jadi? Mama mana? Saya nak mama."

Wajah lelaki itu kini mula berkaca apabila anak kecil itu menyebut perkataan 'Mama'. Ibunya sudah pun mati akibat terkena tembakan beberapa puluh minit yang lalu ketika lari cuba menyelamatkan suaminya itu. Apa yang anak kecil berusia tujuh tahun ini tahu jika perkara sebenar diberitahu? Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya.

"Dengar ni..." lelaki berumur itu merenung anaknya sayu seolah-olah itu adalah kali terakhir mereka akan berjumpa. Menggigit bibirnya sambil berharap wajahnya akan terpaut diingatan budak itu sampai bila-bila. "Cari Aieyn dan pergi dari sini."

"Saya tak akan tinggalkan ayah!" bentak anak kecil itu sambil mengesat air matanya yang hampir kering.

Lelaki tua itu mendengus perlahan. Tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada anak kecil itu lagi. "Nak... Kamu mesti pergi dari sini. Tempat ini bahaya. Ini bukan rumah kita lagi."

"Tapi saya tak nak berpisah dari ayah." rungut budak kecil itu sambil mencebik. Wajahnya kelihatan comel dalam keadaan berkerut itu. Mengelipkan matanya tidak faham apa yang terjadi.

"Ayah tahu. Ayah akan menyusul nanti." beritahu lelaki itu walaupun dia sendiri belum pasti sama ada dia benar-benar akan menyusul anaknya itu ataupun tidak. "Sekarang kamu kena selamatkan diri dulu."

Budak perempuan itu berhenti menangis kemudian mengelipkan matanya untuk membetulkan pandangannya. "Ayah janji?"

Lelaki itu berusaha menahan air matanya daripada keluar kemudian mengangguk-angguk.

"Baiklah." Budak perempuan itu mengukir senyuman dan mula mendengar dengan tekun apa yang lelaki tua itu katakan. Dia kini percaya lelaki tua itu akan datang bersamanya tanpa mengetahui apa keadaan yang sebenarnya akan terjadi. Dia tersedu-sedu ketika berusaha menahan diri daripada menangis.

"Pergi ke belakang hutan tempat kamu selalu bermain sebelum ni," lelaki tua itu mula memberi arahan. "Jalan terus dan masuk lebih dalam lagi. Kamu akan jumpa satu gua kat sana. Lepas tu, masuk ke dalamnya."

Huruf ✔Where stories live. Discover now