War

1.8K 158 19
                                    

BAB 38 : PERANG


Fajar terbit menyinari pagi yang terasa amat suram itu. Terasa seperti sekejap sahaja masa berlalu, bulan sudah pun digantikan dengan matahari. Setiap detik berjalan seperti air tanpa menunggu sesiapa. Masa yang menjadi taruhan mereka kini sudah tiba. Pelindung tempat itu akan terbuka pada tarikh 29 Februari. Dan tarikh itu sudah pun menjelang. Hari itu sudah pun tiba.

Farra kini sedang berdiri di atas sebuah batu besar yang terletak di atas bukit betul-betul di sebelah bendera merah yang sering menjadi pertaruhan mereka ketika sedang bermain. Dia berdiri seorang diri sambil menghadap matahari seolah-olah sedang menunggu seseorang akan datang kepadanya. Dari semalam dia langsung tidak melelapkan mata. Baginya, tidur sudah tiada erti lagi.

"Ada petanda yang tak baik?"

Farra tidak menoleh apabila mendengar pertanyaan itu. Izzudin yang sedang berdiri di belakangnya mendekati gadis itu perlahan-lahan. Dia juga melakukan hal yang sama dengan gadis itu. Berdiri menghadap matahari dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

"Setakat ni belum ada." Farra menarik nafas panjang.

"Awak tak tidur langsung kan?"

Farra tersenyum sedikit mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya langsung tak mengantuk."

"Sekurang-kurangnya tidur lah." Izzudin turut tersenyum. "Mungkin buat kali yang terakhir."

Farra hanya tersenyum tidak membalas.

"Kalau kita tak jumpa lagi lepas ni..." Izzudin memandang gadis itu. "Jangan lupa saya pula."

Farra tersengih sambil menggolekkan bebola matanya menyindir. "Malas saya nak ingat awak."

"Amboi..." Izzudin menjeling tajam ke arah gadis itu dengan mata yang dirasakan mula berkaca. "Sampai hati betul."

Farra hanya ketawa. "Awak tahu tak... Dulu waktu kita mula berkawan masa kecil tu... Saya ingatkan awak suka dengan Sheron."

Izzudin tergelak mendengar kenyataan gadis itu.

"Saya dan Aieyn ingat awak nak bermain dengan kami sebab ada Sheron. Kami pun mula lah buat andaian."

"Awak dan Aieyn syak macam tu sampai kita dah meningkat remaja pun kan?" Izzudin mengangkat keningnya. "Awak berdua asyik tanya saya soalan yang sama. Naik muak saya nak menjawab."

Farra hanya ketawa.

"Saya gembira dapat jumpa kamu."

Kata-kata Izzudin yang kini sudah bertukar sayu membuatkan Farra terdiam semula. Cepat sahaja masa berlalu.

"Farra... Izzudin..."

Serentak kedua-dua mereka menoleh. Kelihatan Noorizan, Hisham, Danish, Zulfiqar, Lily, Jyra dan Miezza berdiri memandang mereka dengan wajah yang bercampur baur perasaan yang ada dalam diri masing-masing.

"Kita kena buat persediaan ke?" Tanya Jyra.

Farra menarik nafas panjang kemudian segera memandang Izzudin yang sudah sedia memandangnya. Izzudin mengangguk-angguk tidak berkata. Dia kini tunduk di lantai tanpa tujuan.

"Macam ni lah..." Farra mendengus perlahan kemudian kembali merenung kawan-kawannya itu satu-persatu. "Saya cakap benda ni sekali je. Jadi dengar baik-baik apa yang saya nak kata."

Semua orang mula fokus memandang gadis itu dan bersedia untuk menerima apa sahaja arahan daripadanya.

"Kalau kamu nak tarik diri... Saya benarkan."

Huruf ✔Where stories live. Discover now