BAB 21 : BEBOLA KRISTAL
Hari berganti hari, detik berganti detik. Sudah sekian lama masa berlalu tanpa disedari. Keadaan di markas itu masih lagi kelihatan sibuk sama seperti hari-hari yang lain. Farra, Izzudin dan Aieyn masih lagi melatih kawan-kawan mereka yang masih baru dalam puak itu untuk persediaan masa hadapan. Usaha mereka itu tidak akan pernah berhenti sehingga mereka mahir untuk kesemuanya. Sampai lah ke satu tahap. Di mana mereka semua kena bersedia. Bersedia untuk sesuatu. Sesuatu yang tiada sesiapapun boleh berpatah balik atau terlepas darinya.
Noorizan kini sudah boleh mengawal akar-akar menggunakan mindanya tanpa menggunakan apa-apa isyarat dari badannya. Dia seorang yang gigih berlatih tanpa sebarang keluhan. Dia juga sudah mampu menghasilkan tentera daripada pokok-pokok besar di situ yang berjaya digerakkan atas kawalannya.
Zulfiqar juga semakin mahir. Dia kini boleh membekukan apa sahaja benda di sekeliling termasuk orang. Termasuk juga laut atau kolam yang ada di situ. Danish yang sememangnya mempunyai sepasang mata yang memang hebat boleh meletupkan apa sahaja benda. Dia juga boleh mengawal badan seseorang dengan hanya renungan matanya menyebabkan orang itu mengalami kesakitan yang teramat sangat di bahadian dalam badan mereka.
Rusdi yang sememangnya kuat sering berlatih sendiri dan kadangkala berkumpulan dengan beberapa orang. Dia kini boleh mencipta satu ombak besar seperti bencana alam. Hisham pula sudah boleh mengeluarkan panah petir dari tangannya tanpa bantuan Farra. Ia kini semakin kuat dan boleh menghasilkan letupan yang amat besar.
Jyra pula sudah dapat mencipta senjatanya sendiri dengan menggunakan pasir. Dia juga boleh membuat tembok bagi melindungi dirinya sendiri. Miezza kini boleh membuat ribut besar yang boleh menghancurkan tempat itu. Malah, dia boleh membuat seluruh kawasan itu di landa rebut berpanjangan.
Lily sudah dapat menerangi seluruh markas itu seolah-olah sumber kuasa adalah melaluinya. Kuasanya juga boleh digunakan untuk menembak orang. Sheronica pula akan merawat jika ada salah seorang dari mereka yang tercedera ketika latihan. Dia tidak pernah mengeluh dengan kerja itu.
Miezza kini sedang duduk di atas sebuah batu besar sambil menikmati pemandangan indah markas mereka dari sudut itu. Pelbagai perkara telah berlaku di luar jangkaannya sampai saat ini. Dia juga tidak tahu bagaimana dia boleh mempunyai kebolehan seperti itu dan dari mana dia dapat. Kenapa kuasa itu memilihnya? Sehingga menyebabkan dia meninggalkan kehidupan normalnya.
"Jauhnya mengelamun."
Miezza tersentak daripada lamunan panjangnya kemudian menoleh memandang ke belakang. Kelihatan Noorizan sedang berdiri memandangnya sambil tersenyum dengan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.
"Awak rupanya, Noorizan." Miezza membalas senyuman lelaki itu.
Noorizan berjalan mendekati Miezza lalu duduk di sebelah gadis itu. "Apa yang awak fikirkan?"
"Tak ada apa." Miezza mengangkat bahunya ketika beralih memandang sekeliling tempat itu.
"Tak ada apa lah sangat." Noorizan menggolekkan bebola matanya. "Ini bukan pertama kali saya tengok awak sendirian mengelamun macam ni."
"Kalau dah banyak kali..." Miezza memandang lelaki itu dengan senyuman sinis. "Kenapa baru kali ni awak nak tanya?"
Noorizan tergelak mendengar kata-kata gadis itu. "Tak ada keberanian kot sebelum ni."
Miezza hanya ketawa mendengar balasan Noorizan. Lelaki itu pula hanya tunduk sambil tersengih.
"Cantik betul tempat ni kan."

YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...