Don't Set Up The Fire II

2.2K 202 21
                                    

BAB 9 : JANGAN CARI PASAL (BAHAGIAN II)


Aieyn menutup kotak keperakan yang berada ditangannya itu sambil mendengus perlahan. Sekali lagi ianya bercahaya terang jelas menunjukkan apa yang berlaku. Kali ini, ada dua rantai sekaligus yang hancur menjadi debu iaitu rantai dengan buah huruf 'Q' dan huruf 'G'. Lily yang turut berada di situ hanya mampu memandang agak simpati tidak terkata. Dia juga tidak mampu berbuat apa-apa mengenai perkara itu.

Miezza, Jyra dan Farra sudah keluar membeli makanan untuk bekalan mereka pada hari seterusnya memandangkan bilangan mereka kini semakin ramai. Rusdi pula baru sahaja keluar dari bilik tidurnya. Dia langsung tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana hanya dia seorang sahaja lelaki di dalam rumah itu. Dia kelihatan seperti orang tiada kehidupan dan telah dikurung di situ.

"Dah banyak yang mati." gumam Lily diiringi dengan keluhan panjang sebelum terpandang Rusdi yang berdiri teragak-agak kebingungan di satu sudut. Dia segera tersenyum ceria. "Hai, Rusdi!!"

"Hai..." balas Rusdi agak janggal kemudian memandang teragak-agak ke arah Aieyn yang sepertinya membuat tidak tahu tentang kehadirannya di situ. Sejak dia mula menyertai puak itu, Aieyn langsung tidak pernah bercakap dengannya. Malahan senyum juga langsung tidak. Dia sedikit kurang senang dengan sikap gadis itu yang sukar untuk difahami. Dia tidak tahu apa kesalahan yang dilakukannya.

"Sekarang ni ada berapa orang lagi yang kita cari?" Tanya Lily kembali memandang ke arah Aieyn.

Gadis berambut perang itu berfikir seketika tetap dengan wajahnya yang serius. "Dalam dua belas lagi orang rasanya. Saya pun dah tak pasti lagi. Bergantung dengan apa yang ada dalam kotak tu."

"Wuoh... Banyak lagi." Lily sedikit terkejut dengan jawapan itu sambil membesarkan matanya dan menarik nafas panjang.

"Sekarang ni pun kita tak tahu kat mana nak cari mereka." Aieyn mendengus perlahan masih memandang kotak keperakan itu. "Masih belum ada tanda yang kita dapat. Susah nak bergerak."

Lily hanya mengangguk bersetuju.

"Farra dan Miezza pun tak dapat apa-apa petunjuk setakat ni." keluh Aieyn yang hanya mampu berharap pada kedua-dua gadis itu.

"Macam mana cara mereka cari petanda sebenarnya?" Rusdi memandang Aieyn sambil berharap gadis itu akan bercakap dengannya. Akan tetapi, gadis berambut perang itu langsung tidak membalas sebaliknya memandang ke tempat lain dengan sengaja. Berlagak dia tidak mendengar apa-apa.

"Kami pun tak tahu." Lily menjawab sambil mengangkat bahunya setelah perasan gelagat Aieyn seperti itu bagi mengelakkan Rusdi berasa semakin kurang selesa. "Cuma Farra dan Miezza yang tahu macam mana caranya. Kami langsung tak ambil tahu atau masuk campur sebelum ni."

Rusdi yang matanya masih merenung ke arah Aieyn hanya mengangguk-angguk sebelum mengeluh perlahan memandang ribanya. Dia semakin tidak faham kenapa gadis itu berkelakuan sebegitu.

"Oh, ya..." Lily kembali memandang Rusdi dengan wajah yang agak bersinar-sinar memikirkan sesuatu. "Awak kuasa air kan? Jadi awak boleh keluarkan air dari tangan awak tu lah?"

Rusdi hanya mengangguk teragak-agak.

"Cuba keluarkan kuasa air awak tu sikit." Lily tersenyum penuh harapan. "Saya nak tengok lah."

Dengan selamba Rusdi membuka tapak tangan kanannya lalu dihadapkan ke atas bagi mengelakkan air yang akan dikeluarkannya melimpah. Perlahan-lahan air keluar dari situ. Seperti ada batang paip dipasang pada tangannya itu. Semakin lama air itu semakin membanyak bagaimanapun berjaya dikawal oleh Rusdi dengan baik agar tidak melimpah merata-rata.

Huruf ✔Where stories live. Discover now