BAB 17 : KUASA BEKU
Perlahan-lahan pintu depan rumah sewa itu dibuka. Hisham dan Farra melangkah masuk sambil tercungap-cungap seperti baru selesai berlari maraton dengan wajah sedikit tercengang penuh kerutan. Lelaki yang mereka kejar sejak tadi itu hanya menyusul teragak-agak di belakang mereka kebingungan penuh kecurigaan.
Kelihatan Lily, Jyra dan Miezza duduk di sofa sambil memandang mereka cemas penuh tanda tanya. Noorizan dan Rusdi pula yang duduk di sebuah kerusi berdekatan turut memandang mereka tanpa sebarang reaksi. Aieyn hanya berdiri berdekatan tingkap sambil berpeluk tubuh.
"Kamu diserang ke??" tanya gadis berambut perang itu apabila melihat keadaan Farra dan Hisham yang agak penat seperti baru habis berperang.
Farra dan Hisham tidak menjawab sebaliknya berpandangan seketika lalu merenung tajam ke arah lelaki yang bersama mereka itu. Lelaki itu hanya buat-buat tidak tahu sahaja sambil mengusap-usap tengkuknya cuba mengelak dari membalas renungan tajam mereka. Kerana lelaki itu asyik menyerang mereka bertubi-tubi tanpa henti tanpa ingin memberi peluang mereka bercakap lah mereka menjadi seperti itu.
"Siapa ni?" tanya Miezza sambil merenung lelaki yang bersama mereka itu tanpa menunggu soalan Aieyn dijawab.
"Kami dah jumpa dia." ujar Hisham kemudian melabuhkan punggung di sofa berdekatan diiringi dengusan kuat.
Farra memandang lelaki itu yang masih tercegat. "Mari sini."
Lelaki itu segera melangkah masuk ke ruang tamu itu lalu duduk di sebelah Hisham tanpa dipelawa.
"Huruf apa?" Lily memandang Farra kerana Hisham kini sudah memejamkan matanya agak kepenatan.
Farra mengangkat bahunya selamba lalu bersandar pada tempat duduknta. "Tak sempat nak tanya."
Lily segera memandang lelaki itu. "Siapa nama awak?"
"Saya ke?" Tanya lelaki itu semula dengan riak wajah selamba.
Lily memandang Farra sekali imbas yang hanya membalas pandangannya tan sebarang suara kemudian kembali memandang lelaki itu. "Awak nak suruh saya berkenalan dengan orang-orang kat sini lagi ke?"
Lelaki itu tersengih-sengih menyebabkan Lily menggolekkan bebola matanya. "Nama saya Danish."
"Huruf D."
Serentak semua orang mengangguk kecuali Hisham yang masih lagi memejamkan matanya. Dia terlalu penat untuk memberi sebarang reaksi. Ingin sahaja dia melelapkan mata tanpa memikirkan apa-apa.
"Huruf?? Apa??" Lelaki bernama Danish itu mengerutkan dahinya agak kebingungan sambil memandang semua orang.
Tiada seorang pun di antara mereka yang menjawab soalan itu. Mereka semua hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka memutuskan untuk membiarkan soalan itu tidak terjawab buat masa ini.
"Ini bermakna kita hanya perlu cari dua orang lagi lah kan." Aieyn memandang Farra sambil mengangkat keningnya.
Farra hanya mengangguk tidak bersuara.
"Ada sesiapa yang boleh beritahu saya apa dah jadi sekarang ni tak??" Danish bersuara lagi. "Kamu semua ni siapa??"
"Kami semua ni sama seperti awak lah." beritahu Jyra agak menggerutu.
"Sebenarnya saya pun tak tahu saya ni apa." Danish bersuara sambil ketawa mengekeh yang langsung tidak lawak.
"Kami akan ceritakan semuanya bila dah selesai." ujar Aieyn. "Penat nak cerita satu-satu."
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...