Sword Battle II

2.3K 194 11
                                    

BAB 10 : LAWAN PEDANG (BAHAGIAN II)


Tidak berapa lama kemudian, mereka semua selesai menukar pakaian yang diambil dari katil masing-masing. Pakaian itu seperti pakaian 'kung fu' yang digunakan oleh orang-orang Cina yang berlakon dalam filem.

Mereka memakai seluar berwarna putih dengan baju berwarna putih sama di bahagian dalam dan memakai satu jubah panjang tidak sampai ke paras lutut yang seakan-akan pakaian tradisional Jepun iaitu kimono kerana ia ada tali dipinggang yang perlu diikat di pinggang mereka supaya jubah itu tidak terbuka. Mereka juga turut memakai kasut but lembut berwarna hitam juga diikat dengan tali yang diperbuat daripada kain.

"Kita nak berkung fu ke apa ni?" Farra memandang pelik dirinya sendiri apabila memakai baju itu.

"Payahnya nak pakai baju ni." rungut Aieyn dengan muka bengis dan bercekak pinggang. "Banyak sangat lapisnya."

Miezza tidak memberi apa-apa komen dan masih berusaha memeriksa bajunya jika dipakai dengan betul. Lily dan Jyra pula agak teruja dengan pakaian yang mereka tidak pernah temui sebelum ini.

Warna baju yang mereka pakai semuanya berbeza. Aieyn memakai jubah berwarna hitam, Farra pula memakai jubah berwarna keperakan, Miezza memakai jubah berwarna kelabu, Lily pula memakai jubah berwarna perang, manakala Jyra memakai Jubah berwarna coklat. Di tangan mereka telah dililit satu kain berwarna putih dengan kemas seolah-olah mereka akan berlawan menggunakannya.

Perlahan-lahan mereka semua berjalan ke luar dari khemah itu setelah semua orang sudah selesai. Baru mereka perasan semua jenis baju yang dipakai oleh orang-orang di situ sama dengan baju yang mereka pakai sekarang ini termasuk baju yang dipakai oleh Mira dan Fiza.

"Di sini kamu kena mengikat rambut." Fiza menghulurkan sehelai skaf lembut mengikut warna jubah mereka. "Ikat kat rambut dengan kemas."

Miezza yang sememangnya tidak biasa mengikat rambut hanya mendengus kuat bagaimanapun tidak membantah. Dia berusaha untuk melakukannya seolah-olah baru sahaja hendak belajar mengenai perkara itu. Aieyn, Farra dan Jyra tidak kisah kerana mereka sememangnya mengikat rambut. Lily pula ada masalah kerana rambutnya amat pendek dan sukar untuk diikat.

"Rambut saya tak dapat ikat." Lily mengangkat keningnya langsung tidak mencuba kerana tahu apa hasilnya.

"Kalau tak boleh ikat tak apa." balas Fiza sopan.

Lily menghulurkan semula skaf itu kepada Fiza sambil menarik nafas lega. Kelihatan Rusdi sudah selesai bertukar baju sedang berpeluk tubuh memandang sekeliling. Dia kini memakai jubah berwarna hitam sama macam Aieyn. Mereka semua segera berjalan beriringan menyusul Mira dan Fiza.

"Kegiatan apa yang kamu lakukan di sini?" tanya Miezza dengan dahi berkerut memandang sekeliling.

"Kami menjalankan aktiviti sama seperti orang lain." jawab Mira ayu. "Seperti bercucuk tanam... Memotong kayu dan sebagainya."

Farra dan Aieyn berpandangan seketika. Serta-merta kampung mereka muncul dalam ingatan kerana aktiviti yang dilakukan adalah sama seperti itu.

"Kami juga ada sukan tersendiri." sampuk Fiza dengan .

"Sukan??" Ulang mereka semua hampir serentak kerana ingin tahu apa jenis sukan yang mereka lakukan di tempat seperti itu.

Fiza hanya mengangguk-angguk. "Tapi sukan-sukan kami amat berbeza. Sukan kami adalah satu jenis latihan yang memerlukan kami untuk menggunakan senjata. Lebih kepada seni mempertahankan diri."

"Senjata??" Jyra membesarkan matanya.

Mira hanya mengangguk-angguk tanpa memandang mereka. "Kami berlatih bermain pedang, memanah..."

Huruf ✔Where stories live. Discover now