BAB 29 : KUASA LIMA KRISTAL
Aieyn kini sedang duduk di tengah-tengah padang itu sambil termenung jauh sendirian. Angin kuat bertiup pada petang yang amat baik itu. Segala kemusnahan akibat tindakannya sebentar tadi kini sudah pulih kembali kepada sediakala. Noorizan yang dari tadi duduk di bawah sebatang pokok hanya mampu memandangnya sayu. Lelaki itu langsung tidak pergi dari situ.
"Kenapa awak tak balik, Noorizan?" Aieyn bersuara tanpa memandang wajah lelaki itu.
"Saya rasa saya lebih perlu berada di sini."
Aieyn tersengih mendengar kata-kata lelaki itu yang lebih kepada ingin berkata 'jangan merepek'. "Awak perlu pergi."
Noorizan bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia tidak beredar sebaliknya segera mendekati gadis tu. Dia berdiri sambil memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam kocek seluarnya dan memandang ke arah kolam besar yang agak bergelora di hadapan mereka itu. Dia berdehem sedikit tidak bersuara.
"Susah betul saya nak kawal kemarahan saya." ujar Aieyn. "Saya tak boleh nak kawal."
"Ya." Noorizan mengangguk bersetuju. Dia dapat melihat bagaimana gadis itu bertukar menjadi seperti seekor singa yang ganas di hadapannya sendiri seolah-olah ingin membunuh sesiapa sahaja yang dilihat.
"Silap-silap saya boleh bunuh orang di sekeliling saya."
Noorizan hanya tersengih mendengar kata gadis itu. "Saya boleh faham kenapa awak marah bila dapat tahu perkara ni."
Aieyn tidak membalas. Genggaman tangannya kini semakin erat. Berusaha menahan segala emosi yang ada.
"Awak takut sejarah lama tu berulang kembali kan?"
"Perempuan tu dulu hilang tiba-tiba, Noorizan." Aieyn masih lagi tidak mahu menggelar ibunya itu sendiri dengan panggilan 'ibu'. "Dia hilang tiba-tiba dari markas. Kami pun tak tahu macam mana."
Noorizan hanya tunduk sambil mendengar apa yang Aieyn cuba katakan. Dia faham apa yang gadis itu rasa pada ketika ini.
"Bila dia balik je..." Aieyn merenung pasir tempat dia duduk. "Dia dah berubah. Sangat berubah."
Noorizan menarik nafas panjang sambil merenung kolam itu tidak tahu hendak berkata apa lagi.
"Dia datang... Dia ugut nak kan kuasa ketua kami." sambung Aieyn lagi dengan nada yang agak bergetar. "Kuasa ayah Farra. Dia kata kalau dia tak dapat, dia akan hancurkan seluruh puak Huruf. Puaknya sendiri."
Noorizan memejamkan matanya seketika. Tidak hairan lah kenapa Aieyn tidak mahu mengakui perempuan itu sebagai ibunya.
"Ketua puak Huruf dah ditetapkan sejak dari dulu lagi dan pemilihan itu bukan atas kehendak sesiapapun." Aieyn turut mendongak memandang ke arah kolam itu. "Ia tak boleh dipindah kepada sesiapa. Perempuan tu kotakan apa yang dia cakap. Dia hancurkan seluruh puak Huruf."
"Jadi awak takut Rusdi akan jadi macam tu juga?"
Aieyn tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. Dia merasakan itu adalah soalan yang paling benci untuk dijawabnya.
"Rusdi ada ciri-ciri tu..."
Serentak Aieyn dan Rusdi menoleh apabila terdengar suara orang lain yang muncul tiba-tiba. Farra berjalan perlahan-lahan dengan wajah yang sugul mendekati mereka sambil berpeluk tubuh disusuli oleh Izzudin yang memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluarnya sama seperti Noorizan.
"Kami semua boleh nampak sebenarnya." sambung Farra lagi.
Noorizan memandang Aieyn sekali imbas kerana gadis itu pernah mengeluarkan kenyataan yang sama.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasi"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...