Headquarters

2.3K 192 12
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Zulfiqar's cast which is Daniel Radcliffe. (Huruf Z)


BAB 18 : MARKAS


Setelah hampir sebulan bergerak dalam kumpulan itu, misi mencari orang-orang dari kalangan puak Huruf telah pun selesai. Pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang gerakan itu yang mereka harus hadapi.

Bermula dengan Miezza, gadis yang mereka temui di sebuah kolej ketika mereka menyamar sebagai pelajar di situ. Kenangan pahit mereka harus lalui sepanjang masa mereka di sana. Selepas itu mereka bertemu dengan Lily di sebuah pekan yang bekerja sebagai pelayan restoran. Diikuti dengan Jyra, yang berbangga dengan kebolehan yang dia miliki menyebabkan Aieyn naik angin ketika mula-mula berjumpa dengan gadis itu yang terlalu banyak cakap.

Dan lelaki pertama yang mereka jumpa dari puak Huruf iaitu Rusdi, seorang guru piano yang ditemui oleh Farra. Lelaki yang Aieyn tidak berkenan sehingga kini disebabkan kuasa mereka yang sangat berlawanan menyebabkan gadis itu hampir membunuhnya. Setelah itu, mereka berjumpa dengan Hisham disebuah perkampungan yang amat terpencil dan mengamalkan cara hidup yang sangat berbeza dengan kehidupan yang lain. Lelaki itu satu-satunya orang yang mempunyai kuasa yang boleh digabungkan kuasa Farra.

Selepas itu, mereka kembali ke kolej di mana mereka berjumpa dengan Miezza kerana dikatakan ada orang dari kalangan mereka berada di tempat itu. Di sana, mereka berjumpa dengan Noorizan yang mempunyai kebolehan mengawal akar dan tumbuhan. Seterusnya, mereka menjumpai Danish yang hampir membunuh Hisham disebabkan takut akan dihantar ke makmal untuk dijadikan sebagai bahan ujikaji. Lelaki itu membawa mereka kepada Zulfiqar, yang merupakan kawan baiknya sendiri dan menamatkan misi pencarian Huruf di situ.

Misi pencarian itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang mereka harapkan. Hanya beberapa orang sahaja yang mereka temui daripada dua puluh enam Huruf yang sepatutnya dikumpulkan. Kesemua yang lain sudah pun dibunuh sebelum sempat mereka jumpa. Malah lebih ramai daripada bilangan yang mereka temui.

Pintu gerbang batu dengan rekaan unik penuh corak yang tidak diketahui oleh sesiapapun siapa perekanya itu segera terbuka dengan geseran yang sedikit kuat. Farra dan Aieyn segera berjalan masuk dengan senyuman lebar seolah-olah itu adalah saat yang mereka nantikan selama ini.

Rakan-rakan mereka yang lain hanya menyusul sambil memandang sekeliling dengan mulut ternganga dan mata yang terbuka luas. Tempat yang indah itu amat cantik sekali. Semua tempat diperbuat daripada batu yang amat besar secara semulajadi tetapi diubahsuai mengikur kemahiran yang ada. Ia seperti sebuah taman alam cantik yang besar sekali. Pokok-pokok dan bunga-bungaan tumbuh merimbun di seluruh tempat. Kedengaran bunyi air terjun dan burung-burung berkicauan dari segenap arah.

"Wah..."

Semua orang ternganga melihat tempat itu tanpa berkelip. Berusaha memikirkan bagaimana tempat sebegitu wujud tanpa diketahui oleh masyarakat biasa. Bagaimana ia terbentuk dan apa sejarahnya.

"Tempat apa ni?" Jyra memandang Aieyn dan Farra silih berganti dengan mata yang bersinar-sinar.

Aieyn dan Farra berpandangan seketika kemudian tersenyum yang penuh makna hanya difahami oleh mereka.

"Ini lah markas kita."

"Markas?!!" Serentak semua orang mengulang dengan kuat.

Aieyn dan Farra hanya mengangguk. Mereka memandang sekeliling tempat yang cukup mereka kenali itu. Tempat tinggal mereka sendiri. Di situ lah mereka berasal dan kini mereka kembali lagi.

Huruf ✔Where stories live. Discover now