Nobody's Fault

2.3K 193 19
                                    

BAB 14 : BUKAN SALAH SESIAPA


Rusdi baring di katil bilik itu dalam keadaan yang agak lemah. Badannya terasa sakit dan tenaganya juga tidak berfungsi dengan baik. Dia seperti tidak mampu untuk bergerak terlalu banyak buat beberapa ketika. Hisham duduk di sebelahnya dari tadi untuk menemankan lelaki itu kerana takut jika ada berlaku apa-apa yang tidak diingini. Farra pula sedang cuba membantunya dengan meletakkan tuala basah di atas kepala Rusdi cuba untuk memberi sedikit kelegaan.

"Farra..."

Farra tersentak sedikit kemudian memandang Rusdi tidak segera menjawab. Hisham turut memandang lelaki itu walaupun hakikatnya bukan dia yang dipanggil. Dia juga ingin mendengar apa yang Rusdi ingin katakan.

"Ada apa, Rusdi?" Tanya Farra yang sebenarnya tidak mahu Rusdi bertanya apa-apa dengannya pada saat ini. Entah kenapa, dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan yang bukan sepatutnya dia jawab.

Rusdi diam seketika sambil memejamkan matanya cuba memberi semangat pada diri sendiri. Dia cuba mengeluarkan ayat dari mulutnya walaupun pahit untuk diungkapkan. "Dia memang bencikan saya ke?"

Serentak Hisham dan Farra terkejut mendengar pertanyaan Rusdi yang dirasakan agak tiba-tiba. Kedua-dua mereka berpandangan seketika sebelum kembali memandang lelaki yang terbaring lemah itu.

"Kenapa pula awak cakap macam tu?" Farra mengerutkan dahinya memandang Rusdi.

"Dia macam nak bunuh saya je." luah Rusdi tanpa berselindung. "Saya dapat rasakan macam mana perasaan bencinya pada saya."

Farra memandang Hisham sekali lagi tidak tahu apa yang harus dikatakan. Lelaki berulit putih kemerahan itu membalas pandangannya tidak berkata apa-apa kerana dia juga merasakan hal yang sama dengan Rusdi. Dia juga ingin tahu apa kebenaran disebaliknya. Kelihatannya Aieyn terlalu benci pada lelaki itu. Dan dia tidak dapat menjangka sebab yang baik.

"Kenapa awak cakap macam tu pula?" Farra memandang Rusdi semula setelah tiada bantuan yang dia terima daripada Hisham. "Dia tak bencikan awak lah. Tak payah nak risau sangat."

"Jangan nak tipu lah, Farra..." Rusdi tersengih menyindir dengan jawapan itu. "Saya faham."

Hisham langsung tidak bersuara. Dia tidak mahu mencelah langsung bagi mengelakkan situasi bertambah teruk.

"Rusdi, dengar ni..." Farra memandang lelaki itu sambil menarik nafas panjang cuba menyusun ayat yang sesuai. "Awak kena faham keadaan ni... Kuasa awak dengan dia sangat-sangat berlawanan. Dia berkuasa api. Dan awak tahu kan apa benda yang boleh mematikan api??"

Rusdi terdiam memandang Farra. Begitu juga dengan Hisham. Tiada komen yang mampu dikeluarkan pada mereka.

"Jika tak dikawal, air akan memusnahkannya." sambung Farra yang kelihatan agak terdesak. "Ini bermakna, suatu hari nanti... Awak boleh jadi orang yang akan membunuhnya."

"Tapi saya tak akan buat macam..."

"Saya tahu!" pintas Farra sebelum sempat Rusdi menghabiskan ayatnya. "Tapi awak kena faham keadaannya. Dia pernah hampir mati disebabkan air. Sebab tu dia langsung tak nak dekat dengan air."

Rusdi terdiam sekali lagi. Dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Kini, dia faham apa yang Farra maksudkan. Hisham juga turut membisu. Dia sudah mula memahami situasi Aieyn walaupun hanya sedikit.

"Saya nak berehat." Farra bingkas bangun dengan iringin dengusan lembut. "Kamu pun berehat lah."

Kedua-dua lelaki itu hanya mampu memandang Farra beredar keluar dari situ. Masing-masing tidak membuka mulut.

Huruf ✔Where stories live. Discover now