BAB 40 : EMPAT TAHUN KEMUDIAN
"Jadi apa yang berlaku pada Farra sebenarnya, cikgu?" tanya Zain, budak lelaki dengan rambut menggerbang keriting itu mengangkat tangan dari balik kacamatanya yang besar.
Jyra tersenyum sendiri memandang anak muridnya itu kemudian beralih memandang ke luar tingkap ke arah langit biru yang cerah sebelum menarik nafas panjang. "Dia dah pergi buat selama-lamanya."
"Kenapa dia pergi?" Nina, budak perempuan bermata sepet itu mencebikkan mukanya. "Dia tak sepatutnya pergi."
Jyra tersenyum memandang budak perempuan itu. "Tak semua apa yang kita harapkan itu akan jadi."
KRIINNGGG!!
"Baiklah, semua." Jyra menarik nafas panjang kemudian menyusun fail-failnya. "Kita jumpa lagi lepas cuti sekolah nanti."
"Baik!!" jerit semua murid-murid yang ada di dalam kelas itu sambil menyandang beg galas masing-masing.
"Hati-hati balik." pesan Jyra.
"Ya!!"
"Nanti saya nak jadi macam Farra. Dia boleh ambil semua kuasa." ujar Nina ketika mereka semua berjalan beriringan keluar kelas.
"Baguslah." Zain tersenyum sambil mengenyitkan matanya."Biar saya jadi Hisham. Jadi kita boleh bersama."
"Kalau macam tu biar saya jadi Aieyn." Kitty, budak perempuan putih melepak itu mencelah. "Biar saya bakar kamu berdua sampai hangus."
Jyra hanya tersenyum kemudian menggelengkan kepalanya melihat gelagat anak-anak muridnya itu. Dia kembali mengemas barang-barangnya.
"Selamat petang, cikgu!!"
Jyra tersentak mendengar sapaan itu. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan Miezza tersenyum-senyum kambing memandangnya.
"Awak rupanya, Miezza." Jyra mendengus perlahan memandang gadis itu. "Mengada-ngada je."
"Dia dah ganti jadi macam Izzudin. Memang lah macam tu."
Jyra menoleh lagi. Dia tersenyum memandang seorang lelaki berkulit putih gebu dengan senyuman manis sedang bersandar di pintu sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluarnya.
"Noorizan..."
"Hai." Noorizan tersenyum memandang gadis itu.
"Lamanya tak jumpa kamu berdua." Jyra bersuara teruja memandang kedua-dua mereka silih-berganti.
"Ya." Miezza mengangguk. "Dah empat tahun kan?"
"Kamu berdua bila jumpa?" Tanya Jyra.
"Awak lupa ke kami dari tempat yang sama?" Miezza memandang Jyra. "Kami dah graduate tahun lepas. Sekarang tengah kerja."
Jyra mengangguk-angguk.
"Dah... Jom gerak!"
"Ke mana??" Tanya Jyra.
Noorizan dan Miezza berpandangan seketika kemudian memandang ke arah gadis itu semula.
"Awak tak terima mesej dari Hisham ke?" Tanya Noorizan.
"Oh." Jyra baru teringat. "Yang tu."
"Ya!" Noorizan mendengus. "Yang tu lah. Dah, jom!"
***
Noorizan memberhentikan kereta yang dipandunya itu di kawasan berumput yang amat tenang itu. Dia memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. Miezza yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum. Jyra yang duduk di tempat duduk belakang mengeliat panjang kerana letih duduk berjam-jam di dalam kereta itu.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...