BAB 11 : KUASA YANG TIDAK LENGKAP
Lily, Miezza, Farra, Aieyn dan Jyra duduk di dalam khemah mereka sambil berehat setelah makan malam bersama orang-orang kampung di situ yang sangat peramah. Mereka terlalu kenyang kerana asyik ditawarkan makanan dan tidak berani untuk menolak bagi menjaga hati mereka.
Mereka kini sedang melakukan hal masing-masing sebelum acara seterusnya bermula. Lily masih lagi bermain dengan telefon bimbitnya, Miezza dan Farra pula hanya duduk berdiam diri kerana terlalu kenyang, manakala Jyra pula seperti tidak senang duduk. Dia tidak tahu hendak berbuat apa di situ. Aieyn pula masih sibuk mengemas kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja mereka pergi. Satu lagi daripada rantai berhuruf yang berada di dalam kotak keperakan itu musnah. Musuh mereka kini sudah menjumpai orang yang berhuruf 'P' dan mereka terlambat lagi.
Farra segera menghalakan tangan kanannya yang memang sudah menjadi tabiatnya sejak dulu lagi sebagai persediaan untuk apa-apa sahaja keadaan apabila langsir pintu khemah mereka diselak tiba-tiba.
"Wuoh! Bertenanglah." ujar Rusdi agak ketakutan sambil mengangkat tangannya. "Ini saya lah."
"Jangan lah main buka macam tu je!" bentak Aieyn.
"Maaflah." Rusdi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Aieyn.
"Dahlah tu, Aieyn." Farra memandang Aieyn sambil cuba mengisyaratkan supaya gadis itu berlembut sedikit.
"Saya cuma nak beritahu yang mereka..."
Belum sempat Rusdi menghabiskan kata-katanya, langsir pintu khemah itu diselak lagi. Mira dan Fiza muncul di situ dengan wajah yang berseri-seri.
"Hei, jomlah! Malam ni ada pesta!" ajak Mira dengan nada yang agak teruja dan senyuman lebarnya.
"Pesta??" Ulang mereka semua serentak kecuali Rusdi yang hanya memandang mereka silih-berganti.
Mira hanya mengangguk-angguk. "Jom!"
Kesemua mereka berpandangan seketika bagaimanapun tidak membantah. Serentak Miezza, Lily, Aieyn, Farra dan Jyra bangun dari katil masing-masing lalu keluar dari khemah itu dan memandang sekeliling. Kelihatan suasana di luar itu riuh rendah dengan gelak tawa, nyanyian dan sebagainya.
"Patutlah bising sangat dari tadi." ujar Lily sambil memandang suasana di luar khemah itu.
"Acara apa pula ni?" Miezza menggumam dengan suaranya hampir ditenggelami oleh keriuhan itu.
"Ia memang diadakan setiap awal bulan." beritahu Mira yang mendongak sedikit kerana Miezza lebih tinggi daripadanya.
"Untuk apa?" Tanya Miezza lagi.
"Tiba masanya untuk acara wajib pesta ini... Acara memanah!!" lelaki yang menjadi pengadil semasa perlawanan pedang tadi bersuara dari satu pentas menyebabkan soalan Miezza terbiar begitu sahaja. "Kita persilakan wira kampung kita iaitu Hisham untuk memanah lima biji buah epal yang di sediakan."
Kelihatan Hisham, lelaki yang menjadi pemenang perlawanan main pedang siang tadi berjalan naik ke atas pentas itu dengan senyuman manis dan sopan. Semua orang mula bersorak-sorak seolah-olah akan diadakan satu perlawanan lagi di situ seperti perlawanan siang tadi.
Hisham mencapai busur panah yang diletakkan di tengah-tengah pentas itu dan mencapai satu anak panah sebelum melepaskannya tempat ke arah epal yang berada di atas sebatang kayu dan paling hujung sebelah kanan dalam kedudukan lima biji epal itu. Anak panah itu kena tepat pada sasarannya. Kedengaran semua orang bersorak dan menjerit yang amat membingitkan telinga.

YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...