Moving II

2.6K 220 11
                                    

BAB 5 : PINDAH (BAHAGIAN II)


Farra dan Miezza berjalan beriringan agak kepenatan pada hari yang sejuk dan berangin itu. Ke mana arah yang perlu di tuju juga sudah tidak dapat dipastikan lagi. Mereka memandang sekeliling sambil berharap ada sesuatu yang mereka jumpa dan boleh dijadikan petunjuk pada keadaan itu. Langit kini sudah menjelang senja. Satu benda pun mereka belum temui lagi.

"Macam tak ada apa-apa yang pelik pun kat bandar ni." Farra mengeluh panjang sambil memandang ke setiap tempat. Matanya hampir sahaja tertutup kerana sudah penat melihat kawasan itu.

Miezza tidak segera menjawab. Dia juga kebingungan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.

"Apa kata kita tanya orang kat sini??" Cadang Farra mula bersemangat kembali.

"Bagus juga tu." balas Miezza yang juga sepertinya bertenaga lagi kemudian segera berhenti berjalan dan memandang sebuah kedai bunga yang kelihatan sunyi dan tiada orang betul-betul terletak di hadapan mereka. Dia memandang Farra yang hanya mengangguk tanda bersetuju untuk masuk ke situ.

Miezza segera melangkah masuk ke dalam kedai itu perlahan-lahan dengan lagak seperti orang yang sedang ingin menceroboh disusuli oleh Farra yang turut melakukan aksi yang sama.

"Hello?" Panggil Miezza sambil menjenguk memandang sekeliling untuk mencari jika ada sesiapa di situ. Manakala Farra pula lebih tertarik memandang bunga-bungaan yang memenuhi seluruh ruang kedai itu. Mulutnya kini ternganga dengan wajah yang berseri-seri dengan pemandangan itu.

"Hello, ladies."

Serentak kedua-dua gadis itu menoleh terkejut. Farra secara tidak sengaja telah terpukul salah satu pasu bunga di situ bagaimanapun berjaya disambut oleh Miezza yang terus sahaja meletakkan kembali pada kedudukan asalnya.

Seorang lelaki yang muncul entah dari mana dengan rambut putih nipis, memakai baju berwarna kelabu serta memakai apron berwarna merah jambu dengan corak bunga-bunga dan tersenyum ceria memandang mereka di situ.

"Boleh saya bantu?" Tanya lelaki tua itu agak ramah dengan gigi putihnya yang rata jelas kelihatan. "Nak beli bunga ke?? Bunga tulip, mawar..."

"Er..." Miezza kelihatan gagap tidak tahu hendak membalas apa sambil mengelipkan matanya.

"Encik... Pemilik kedai ni ke?" Tanya Farra acuh tak acuh dan merasakan itu adalah satu soalan yang bodoh untuk ditanya.

"Ya." lelaki tua itu mengangguk.

"Macam ni, encik..." Miezza cuba menyusun ayat untuk meneruskan tujuan sebenar mereka. "Umm... Kami cuma nak tahu. Dengar cerita... Pernah ada sesuatu yang pelik berlaku di Bandar ni."

"Pelik??" Air muka lelaki itu segera berubah secara mendadak. Senyuman ceria pada wajahnya tadi kini lenyap.

"Err, maksud kami..." Farra mencelah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan perkara itu. "Pernah berlaku kejadian-kejadian aneh di sini seperti ada orang mati secara tragis..."

"Maaf kami tak bincangkannya!" pintas lelaki itu agak kasar.

Kedua-dua gadis itu terdiam agak kebingungan seketika dengan balasan yang langsung tidak disangka itu.

"Saya minta kamu keluar sekarang!!" lelaki itu pantas menyambar lengan Farra dan Miezza kemudian menolak mereka keluar dari situ.

Kedua-dua gadis itu hanya terpinga-pinga kerana terkejut dengan apa yang baru saja berlaku. Pintu kedai itu kedengaran dihentak kuat di belakang mereka.

Huruf ✔Where stories live. Discover now