The Killer Practice II

2.1K 207 18
                                    

BAB 13 : LATIHAN YANG MEMBUNUH (BAHAGIAN II)


Aieyn kini merenung Rusdi tajam. "Awak pula!"

Rusdi yang dalam keadaan takut berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat di mana Miezza, Lily dan Jyra berdiri ketika diarahkan tadi seolah-olah ia adalah satu pentas yang sudah ditetapkan. Dia mendepakan tangannya ke hadapan dengan selamba. Berbeza dengan yang lain, dia tidak memejamkan matanya untuk focus sebaliknya hanya berdiri tenang tanpa ada yang mengganggunya. Perlahan-lahan air keluar dari tangannya dan menjadi banyak. Dia membuat satu pusaran besar dengan air itu lalu meletupkannya jauh dari tempat mereka berada.

"Wuoh!!"

Semua orang tercengang memandang air yang meledak itu. Mereka memandang Rusdi tidak percaya dengan mulut ternganga dan mata yang terbuka luas langsung tidak berkelip.

"Macam mana awak buat?" Miezza kelihatan tidak puas hati memandang lelaki bermata sepet itu.

Rusdi tidak menjawab soalan Miezza sebaliknya menunggu komen dari Aieyn yang mengetahui semuanya. Gadis berambut perang itu hanya berpeluk tubuh sambil merenungnya tajam. Dia langsung tidak membuka mulutnya.

"Bagus!" Farra segera bersuara sambil tersenyum. "Nampaknya awak memang latih kuasa awak dengan baik."

"Dia berjaya ke?" tanya Jyra kerana komen itu bukan datang dari Aieyn berbeza dengan mereka.

Farra hanya mengangguk-angguk. "Ini bukan kawasannya. Tapi dia boleh mainkan air itu mengikut suka hatinya."

Rusdi hanya tersenyum tawar. Dia sebenarnya berharap pujian yang diberikan padanya itu datang daripada mulut Aieyn sendiri. Bagaimanapun langsung tiada balasan atau komen daripada gadis itu.

"Giliran awak, Hisham." Aieyn memandang Hisham.

Hisham berjalan agak tenang. Dia adalah lelaki paling selamba yang pernah mereka temui bila berhadapan dengan Aieyn. Dia segera mengangkat tangan kanannya apabila sampai di posisi yang seperti ditetapkan itu. Perlahan-lahan anak panah keperakan yang bersinar terbentuk keluar dari tangannya bertubi-tubi. Mereka yang lain hanya mampu memandangnya.

"Kuasa saya tak lah sehebat mana pun." beritahu Hisham jujur sambil mengangkat bahunya. "Saya hanya boleh buat macam tu je."

Aieyn tersenyum melihat gelagat lelaki itu yang baginya kelihatan terlalu naif. "Siapa kata?"

Serentak semua orang memandang Aieyn.

"Kuasa awak ni sebenarnya istimewa sikit."

Hisham mengerutkan dahinya agak kebingungan. Yang lain pula agak tersentak kerana baru teringat apa yang Aieyn dan Farra beritahu mereka ketika di dalam khemah tempoh hari. Farra tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya mengeluh perlahan kerana dia tahu apa yang Aieyn ingin lakukan.

"Kuasa awak ni sebenarnya boleh digabungkan dengan kuasa Farra." beritahu Aieyn selamba sambil memandang gadis itu sekali imbas.

Serentak mereka menoleh memandang Farra. Hisham pula terkejut lalu memandang gadis itu dengan mata yang terbuka luas.

Farra mendengus perlahan kemudian berjalan mendekati Hisham. Dia berdiri di sebelah lelaki itu. "Macam ni..." Dia bersuara sambil memegang tangan Hisham yang agak terkejut dengan tindakan gadis itu lalu mengangkatnya perlahan-lahan. "Fokus untuk keluarkan kuasa awak."

Hisham menelan air liurnya sambil cuba sedaya-upaya untuk fokus. Farra pula hanya berdiri di sebelahnya selamba. Perlahan-lahan satu anak panah keperakan yang bersinar keluar dari tangan mereka diselaputi satu cahaya keperakan seperti urat-urat elektrik yang berfungsi di sekelilingnya. Anak panah itu segera terbang menuju ke atas lalu meletup dengan kuat.

Huruf ✔Where stories live. Discover now