Blue Crystal

1.9K 177 12
                                    

BAB 25 : KRISTAL BIRU


Tanpa disedari, sudah menjelang hari kedua mereka semua berada dalam misi mencari. Setiap kumpulan masih lagi dalam usaha cuba menjejaki bebola kristal mengikut laluan tugas masing-masing yang diberikan. Setakat ini, masih belum ada apa-apa yang bahaya menimpa mereka.

Sheronica kini sedang menghidangkan sarapan pada pagi itu untuk dia dan Zulfiqar kerana hanya mereka berdua sahaja yang berada di markas pada ketika itu. Sejak semua orang bertolak kelmarin, rasa kekok mereka langsung tidak berkurang. Selalunya Izzudin yang akan menemankannya di situ. Kali ini, Izzudin melepaskan tugasnya pada lelaki itu yang baru sahaja dikenali. Kelihatan Zulfiqar yang baru selesai mandi mengeliat sambil meregang-regangkan badannya sebelum duduk di meja makan.

"Selamat pagi!!" sapa Sheronica sambil tersenyum manis seperti biasa lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Zulfiqar.

"Selamat pagi." Zulfiqar turut tersenyum sambil mengusap-usap tengkuknya bagi mengelakkan dia kelihatan kekok.

"Sarapan dulu."

Zulfiqar hanya mengangguk-angguk dan mula makan makanan yang dihidangkan oleh gadis comel itu. Semua makanan itu cukup menyelerakan buatnya. "Pandai betul awak masak."

"Saya belajar dari Izzudin."

Zulfiqar membesarkan matanya memandang gadis itu menyebabkan kunyahannya terhenti. "Iz... Zudin??"

Sheronica mengangguk-angguk. Senyumannya langsung tidak pernah pudar. "Izzudin memang pandai masak dari kecil."

"Wow..." Zulfiqar kelihatan teruja sambil memandang makanan yang tersedia di hadapannya itu.

"Tu yang saya belajar dari dia." ujar Sheronica. "Dia pula belajar dari ibunya. Memang rajin belajar budak tu."

Zulfiqar hanya mengangguk-angguk kemudian mula memandang gadis itu teragak-agak. "Er... Sheron..."

"Ya??" Sheronica turut membalas pandangan lelaki itu.

Zulfiqar mencapai roti bakar yang ada di hadapannya kemudian menggigit roti itu. "Kenapa awak selalu tinggal?"

"Hah??" Sheronica mengerutkan dahinya kurang faham. "Selalu tinggal?? Maksud awak?"

"Erm... Maksud saya..." Zulfiqar cuba menyusun ayat. "Aieyn, Farra dan Izzudin selalu keluar untuk satu misi. Sedangkan kamu berempat adalah penaung." Zulfiqar memandang gadis itu. "Kenapa awak tak ikut? Adakah tugas awak memang menjaga markas ni?"

Sheronica segera tersenyum lebar memandang lelaki itu. "Bukan macam tu tapi... Saya tak boleh keluar."

Zulfiqar mengerutkan dahi sambil mengelipkan matanya. "Tak boleh keluar?? Kenapa pula?"

"Saya tiada kuasa yang boleh melawan macam kamu, Zul..."

Zulfiqar hanya memandang gadis itu tidak membalas.

"Awak boleh membekukan kuasa orang..." Sheronica bersuara lembut. "Jyra boleh guna pasir... Danish boleh tembak orang dengan matanya... Lily boleh keluarkan cahaya... Noorizan boleh guna akar..." Sheronica memandang ke meja hanyut dalam khayalannya. "Miezza boleh keluarkan angin... Hisham boleh keluarkan panah..."

Zulfiqar hanya mendengar sambil cuba mencari apa yang sedang dipandang oleh gadis itu.

"Rusdi boleh guna air... Izzudin boleh berubah menjadi banyak." sambung Sheronica. "Aieyn boleh membakar orang... Dan Farra ada kesemuanya..." sekali lagi gadis itu tersenyum. "Tapi kuasa saya langsung tak boleh melawan."

Huruf ✔Where stories live. Discover now