The Power Of Arrow I

2.2K 197 18
                                    

BAB 12 : KUASA PANAH


Lily sedang berjalan-jalan di tebing sungai besar yang berada jauh sedikit di dalam hutan dan sedikit jauh dari kampung yang unik itu. Miezza dan Jyra pula sedang berkayak keseronokan di sungai itu sambil menyanyi-nyanyi riang gembira. Rusdi kini sedang berendam di dalam sungai itu kerana dia amat sukakan air. Sudah hampir dua jam dia berada di dalam air itu tidak timbul. Dia juga boleh bernafas di dalam air dan berasa tenang di situ. Farra pula hanya menemankan Aieyn duduk di sebuah pondok yang mana gadis itu sudah tidak senang duduk dari tadi.

"Kenapa lah kamu suka sangat dengan air ni?!" bentak Aieyn. Badannya kini kelihatan hampir berasap dengan wajahnya yang merah padam. Dahinya sentiasa berkerut dan mukanya kelihatan bengis.

Farra tersengih memandang gadis itu. "Aieyn... Kalau awak tu bukan berkuasa api, awak pun mesti suka dengan air juga."

Aieyn menjeling tajam ke arah Farra. Mahu saja dia menumbuk muka gadis itu bagaimanapun cuba ditahan. Dia juga berharap Farra dapat faham bagaimana keadaan orang yang hanya berkuasa api.

"Aieyn..." panggil Farra yang kini sudah berdiri sambil melakukan senaman ringan seketika.

"Awak nak ke mana pula??" Tanya Aieyn serta-merta apabila melihat keadaan gadis itu yang ingin beredar.

"Saya nak pergi jalan-jalan dulu kat dalam hutan."

"Nak buat apa??" Aieyn membesarkan matanya memandang gadis itu. "Nanti awak sesat pula!"

Farra mendengus perlahan. "Tak mungkin lah."

"Awak tak nampak ke hutan tu tebal sangat??" Aieyn masih lagi membantah dengan wajah yang serius.

"Aieyn... Kita mesti cari petunjuk." balas Farra sambil bercekak pinggang. "Kalau tak... Sampai tahun depan pun kita tak dapat jumpa apa-apa. Kalau awak nak jadi penghuni tetap boleh juga."

"Yalah." Aieyn mengalah sambil menggolekkan bebola matanya dan mendengus kuat.

Farra segera berjalan keluar dari pondok itu.

"Lebih baik awak tanya orang kampung kat sini kalau mereka ada simpan peta kawasan ni." cadang Aieyn masih tidak puas hati dalam keadaan berpeluk tubuh. "Sekurang-kurangnya tahu juga awak jalan nak balik..\"

"Awak ni!!" Farra menggerutu sambil menghentakkan kakinya. "Takkan lah mereka ada peta pula."

"Eh, awak jangan main-main..." Aieyn bersuara sambil memandang sekeliling tanpa sebab. "Kampung-kampung sekarang ni pun dah moden tahu."

Farra mendengus kuat dan terus berlalu pergi sambil menggelengkan kepalanya. Dia dapat merasakan dia akan menjadi gila jika terlalu lama bercakap dengan gadis berambut perang itu. Perlahan-lahan dia berjalan melintasi Lily yang sedang seronok bermain air ditebing sungai dengan hanya merendam kakinya.

"Awak nak ke mana?" tanya Lily apabila terpandang Farra. Pada ketika itu juga, Rusdi keluar dari dalam air.

"Seronok berendam?" Sindir Farra dengan senyuman sinis ketika berhenti berdekatan mereka.

Rusdi hanya tersengih sambil menghayun-hayunkan tangannya di air itu. "Tak nak ikut sekali ke?"

"Tak nak lah." tolak Farra sambil menggelengkan kepalanya. "Basah pula baju saya nanti."

"Hoi!" Lily membentak kerana soalannya belum lagi dijawab oleh gadis itu. "Awak nak ke mana?"

"Masuk hutan."

Lily mengerutkan dahinya merenung gadis itu pelik. "Awak ni dah buang tebiat ke apa."

"Saya nak cari petunjuk lah." Farra menggolekkan bebola matanya. "Tak kan nak duduk diam kat sini main air."

Huruf ✔Where stories live. Discover now