The Game

2.5K 182 15
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Sheronica's cast. Demi Lovato. (Huruf S)


BAB 19 : PERMAINAN


Aieyn keluar perlahan-lahan dari bilik batu itu sambil meregang-regangkan otot badannya. Dia menghirup udara segar seketika sambil tersenyum puas yang teramat sangat melihat keadaan di sekelilingnya itu.

Segala-galanya sudah pun selesai untuk misi yang pertama. Mereka sudah berjaya mengumpulkan semua ahli puak mereka walaupun ada yang sudah dibunuh sebelum sempat mereka temui. Mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana itu adalah satu perkara yang baru untuk dilakukan.

Aieyn segera memandang Sheronica yang kini sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi sambil menyanyi keseronokan. Farra dan Izzudin pula sedang duduk di meja makan sambil berborak mengenai sesuatu.

"Selamat pagi, Aieyn!" sapa Sheronica ceria sambil tersenyum manis apabila terpandang gadis itu.

"Selamat pagi, Sheron." balas Aieyn juga dengan senyuman sebelum duduk di meja menyertai Farra dan Izzudin. "Mana yang lain?"

"Belum bangun rasanya." jawab Farra sambil menggigit kerepek pisang yang disediakan oleh Sheronica. "Terlalu penat kot. Maklum lah... Tak biasa lagi hidup macam ni."

Aieyn mencapai sekeping biskut yang berada di hadapannya lalu mengunyah biskut tersebut. Dia asyik sahaja meneliti keadaan setiap inci tempat itu seolah-olah sedang mencari jika ada benda yang perlu dibetulkan. Tidak semena-mena sahaja sesuatu muncul di fikirannya. "Izzudin..."

Izzudin yang sedang sibuk melarikan sisa-sisa makanan yang tersangkut di celah giginya menggunakan lidah segera memandang gadis berambut perang itu dengan mata biru bersinarnya tanpa menjawab apa-apa pun.

"Budak-budak lelaki tu semalam ada tanya awak apa-apa ke?"

Lelaki itu segera tersengih mendengar pertanyaan itu. "Saya tak boleh tidur semalam sebab mereka lah ni. Mereka bernasib baik saya belum nak tidur sangat masa tu. Kalau tak siap lah mereka."

"Kenapa?" Tanya Farra yang memandang Sheronica sekali imbas ketika gadis itu duduk di sebelah Izzudin menyertai mereka.

"Macam-macam soalan mereka tanya." rungut Izzudin. "Sempat lagi mereka suruh saya keluarkan kuasa saya."

Serentak Farra dan Aieyn tersengih dapat membayangkan perkara itu terjadi.

"Habis tu??" Sheronica memandang Izzudin membulatkan matanya sambil menggigit kerepek. "Awak keluarkan tak?"

Izzudin hanya menggelengkan kepalanya. "Orang dah nak tidur macam-macam pula mereka minta."

"Bertenanglah." ujar Farra sambil menahan ketawa. "Baru satu malam kot. Dah mengeluh."

Izzudin hanya menjeling tajam ke arah gadis itu lalu mencapai gelasnya untuk meneguk kopi hangat itu. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika kerana masing-masing menikmati sarapan pagi itu.

"Farra..."

Farra memandang Aieyn serta-merta dengan mulutnya sibuk mengunyah kerepek. "Ada apa?"

Aieyn kini sedang memandang gadis itu sambil tersenyum penuh makna tersirat yang hanya diketahui olehnya.

"Macam ada niat tak baik je awak ni." Farra mengecilkan matanya merenung gadis itu curiga.

Aieyn menjeling sambil mendengus kuat. "Bukan lah!"

Huruf ✔Where stories live. Discover now