BAB 12 : KUASA PANAH (BAHAGIAN II)
"Arghhh!!!!" Lily mengerang kesakitan.
Hisham kelihatan amat terkejut melihat situasi itu. Dia meraba-raba cuba mencari anak panahnya. Dia segera menderam apabila mendapati ia tiada di situ. Dia telah tinggalkan anak panahnya di tempat latihan tadi. Dia segera memandang Lily dengan cemas. "Lily! Bertahan!"
Lily tidak bersuara. Mukanya kini mula merah padam. Lembaga itu kini sedang mencekik lehernya dan menyebabkan darahnya tersekat dikepala. Dia cuba membuka kedua-dua tapak tangannya untuk mengeluarkan kuasa bagaimanapun sedikit sukar kerana tenaganya digunakan untuk bertahan.
"Arrow!!"
Satu anak panah keperakan yang bersinar terkena tepat di badan lembaga berkelubung itu menyebabkan ia mengeras secara tiba-tiba lalu terbaring di tanah tidak bergerak dengan matanya yang agak mengerikan terbuka luas. Lily bingkas bangun sambil terbatuk-batuk menahan dadanya.
"Awak tak apa-apa ke?" Hisham segera mendapatkan Lily.
Lily tidak menjawab sebaliknya memandang lembaga berkelubung yang sudah terbaring mengeras itu. Dia merangkak mendekati makhluk itu sebelum mencabut satu anak panah keperakan yang ada di badan makhluk tersebut dan menelitinya. Ia adalah anak panah yang sama dengan anak panah yang mereka jumpa sebelumnya. Dia segera memandang Hisham dengan penuh kecurigaan. "Bagaimana awak keluarkannya?"
"Er..." Hisham menelan air liurnya agak terketar-ketar berusaha mencari ayat yang sesuai terlintas dalam mindanya pada saat itu. "Ia memang anak panah yang saya bawa tadi dari tempat latihan."
"Bohong!!" tempelak Lily masih memandang lelaki itu penuh curiga. "Awak tak bawa satu anak panah pun tadi."
Hisham kelihatan semakin cemas. Wajahnya kelihatan jelas merah padam. "Awak... Tak nampak. Ia... Dibelakang saya tadi."
"Jangan tipu, Hisham." Lily merenung lelaki itu sambil mengecilkan matanya. "Ia anak panah yang sama dengan anak panah yang Aieyn cabut dari badan lembaga berkepala bulat semalam."
Hisham tersentak seperti terkena renjatan elektrik. Dia kini sudah menemui jalan buntu. Nafasnya terasa seperti tersekat dengan darahnya mengalir laju. Dia memejamkan matanya seketika sambil menarik nafas panjang.
"Beritahu saya, Hisham." gesa Lily. "Bagaimana awak ada benda ni? Kalau tak saya beritahu yang lain sebab saya tak kan lepaskan perkara ni."
"Okey, baiklah!" Hisham mendengus kuat kemudian memandang Lily. "Tapi saya minta awak jangan beritahu sesiapa mengenai hal ini, Lily. Saya merayu sangat-sangat pada awak."
Lily tidak membalas sebaliknya merenung lelaki itu tajam. Hisham mendengus sekali lagi kemudian menghalakan tangannya ke arah sebiji epal yang masih berada di atas pokok yang agak tinggi.
"Arrow!!"
Entah macam mana satu anak panah keperakan keluar dari tangan lelaki berkulit putih gebu itu dan kena tepat ke arah epal yang dijadikan sasaran. Hisham kembali memandang Lily dengan pandangan yang lemah dan berharap sambil mendengus perlahan. Lily pula hanya memandangnya sambil tersenyum puas.
"Lily... Saya merayu sangat-sangat jangan bocorkan benda ni dengan sesiapa." Hisham memandang Lily meminta simpati seolah-olah nyawanya kini berada ditangan gadis itu dan akan melayang bila-bila masa sahaja.
Lily hanya mengukir senyuman yang sukar untuk difahami apa makna disebaliknya "Ikut saya, Hisham."
"Nak ke mana?" Hisham mengerutkan dahinya mula risau mengenai semua perkara yang bakal berlaku.
![](https://img.wattpad.com/cover/53595051-288-k950572.jpg)
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...