BAB 26 : KRISTAL UNGU
Sheronica menggerakkan kesatria putihnya di papan catur itu dengan senyuman yang tidak dapat dipastikan sama ada ia senyuman menyindir atau sebaliknya. Zulfiqar masih lagi merenung papan catur itu dengan teliti. Berusaha mencari kelemahan yang ada. Dia cuba memerah otak bagaimana hendak memerangkap permaisuri gadis itu. Sudah tiga pusingan mereka bermain permainan itu, kemenangan tetap berpihak pada Sheronica. Dia tidak pernah merasai tekanan bermain catur seteruk yang dia rasakan pada saat ini.
"Macam mana ni..." Sheronica memandang lelaki itu sambil tersenyum yang lebih kepada menyindir. "Kata juara permainan catur semasa di kolej dulu. Tapi macam tak boleh menang je ni."
Zulfiqar hanya mendengus kuat sambil memegang kepalanya Apa yang dia katakan itu sememangnya benar. Akan tetapi, dia tidak tahu kenapa dia tidak dapat mengalahkan gadis itu.
"Bertenang." Sheronica ketawa melihat gelagat lelaki itu. "Ada masa lagi. Fikir baik-baik."
"Kenapa saya tak boleh ni??" Zulfiqar menggerutu. "Awak pernah ikut mana-mana pertandingan catur ke?"
"Awak lupa ke saya dibesarkan di mana?" Sheronica memandang lelaki itu. "Saya tak masuk mana-mana pertandingan pun."
Zulfiqar mendengus kuat. "Habis tu macam mana awak boleh mahir bermain permainan ni?"
"Mmm... Belajar kot." Sheronica berfikir seketika sambil mengerutkan dahinya. "Mengisi masa lapang."
Kedengaran bunyi bising di belakang mereka menyebabkan Zulfiqar yang baru sahaja hendak menggerakkan permaisurinya pada papan catur itu menoleh pantas. Sheronica turut menoleh untuk melihat sesuatu. Pintu batu itu terbuka dengan serta-merta. Lily, Izzudin dan Miezza muncul dalam keadaan tercungap-cungap. Perjalanan balik itu tidak mempunyai masalah yang banyak bagi mereka. Ia tidak sesukar perjalanan mereka sewaktu mula-mula jalan.
"Yeah!!" jerit Sheronica ceria apabila terpandang mereka lalu segera bangun dari tempat duduknya. Dia segera mendekati Izzudin dan memandang Lily dan Miezza. "Akhirnya kamu dah balik."
Izzudin hanya tersenyum tawar kerana kepenatan. Dia tidak mampu menunjukkan riak muka yang lebih baik dari itu.
"Kami yang pertama ke?" Tanya Lily memandang sekeliling. Mukanya pucat dibasahi peluh.
"Ya." Zulfiqar turut bangun dari tempat duduknya kemudian mendekati mereka. "Baru kamu yang sampai."
Izzudin mengangguk-angguk sambil bercekak pinggang. Lily dan Miezza kini sudah duduk kepenatan.
"Semua okey?" Izzudin memandang Sheronica.
Sheronica hanya mengangguk sambil tersenyum. "Awak jangan risau. Zulfiqar ni pun boleh diharap juga."
Zulfiqar hanya tersengih memandang gadis itu sambil cuba memastikan sama ada ia sindiran atau bukan.
"Saya dah ajar dia macam-macam."
Izzudin hanya tersenyum sambil mengusap kepada gadis itu. Dia hanya mampu bersyukur kerana semuanya selamat.
"Mana bebola kristal tu?" Tanya Zulfiqar agak teruja.
"Dalam beg." Lily beralih memandang Izzudin. "Lebih baik simpan terus di tempatnya."
Izzudin hanya tersengih memandang gadis itu. "Cuma Farra je yang boleh buka benda tu."
"Oh." Lily baru teringat mengenai hal itu.
"Macam mana perjalanan kamu?" Tanya Zulfiqar dengan perasaan yang teruja ingin tahu kerana dia langsung tiada apa-apa pengalaman menjalani misi di luar selepas mereka tinggal di situ.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...