The Last Leader

2K 162 20
                                    

BAB 39 : KETUA TERAKHIR


Detik demi detik kian berlalu. Hisham duduk di atas sebuah batu besar yang sudah hancur di kawasan tempat mereka selalu berehat iaitu ruangan makan mereka sambil tunduk ke lantai. Fikirannya amat bercelaru pada ketika itu. Dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan. Noorizan hanya duduk di sebelahnya diam membisu. Lelaki itu juga seperti tidak bermaya lagi. Rasa ingin putus asa ada juga. Tapi mengenangkan rakan-rakan mereka yang lain sudah mati dalam pertempuran itu, apa guna mereka terus hidup jika perang belum terhenti. Apa gunanya?

Jyra dan Miezza pula duduk bergandingan. Tangisan mereka tidak berhenti. Farra semakin kalut. Dia tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan. Kini, hanya tinggal dia seorang lagi penaung yang masih tinggal. Keadaan mereka kini kelihatan kusut masai. Kesan darah kelihatan di baju dan kulit mereka akan tetapi segala luka mereka sudah diubati oleh Farra menggunakan kuasa yang dia dapat dari Sheronica.

"Macam ni lah yang kamu rasa dulu."

Serentak semua orang memandang Hisham. Lelaki itu kini sedang memandang Farra dalam keadaan lesu. "Macam mana pertempuran yang kamu alami dulu. Tak hairan lah kamu takut sangat."

Farra tersengih tiba-tiba. "Macam ni lah."

"Dah agak lama." gumam Noorizan dalam keadaan tunduk. "Apa sahaja berlaku selepas ni... Kita tak boleh nak elakkan lagi."

Tiada seorang pun bersuara. Semua orang kini sudah tidak ada pilihan lain. Hanya itu pilihan mereka. Teruskan berperang.

"Saya cuma nak cakap..." Noorizan bersuara lagi. "Saya bangga menjadi salah seorang dari puak ni."

Farra pantas merenung lelaki itu.

"Walaupun pengakhirannya tak seperti yang saya harapkan." sambung Noorizan sambil sedikit.

"Kalau misalnya..."

Semua orang kini berpaling memandang Farra.

"Ditakdirkan kamu berempat pula jadi penaung macam kami..." Farra bersuara seperti kelihatan terdesak ketika menggigit bibirnya seketika. "Saya harap kamu buat sehabis baik. Jangan jadi macam kami."

Miezza tersengih mendengar kata-kata gadis itu. "Saya rasa kamu ada penaung yang terbaik."

Pandangan mereka kini beralih pula ke arah Miezza.

"Saya adalah orang pertama yang bersama kamu." Miezza bersuara lagi. "Memang lah kekok. Tapi bersama orang yang ada kebolehan sama macam saya... Ibarat saya dah jumpa identiti saya yang sebenar."

"Penaung Huruf." Hisham yang bersuara sambil tersenyum sendiri membuatkan semua orang memandangnya. "Berbeza betul perangai kamu berempat."

Farra tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.

"Aieyn... Dengan sifat panas barannya." Hisham merenung tangannya yang ada banyak kesan darahnya sendiri yang sudah kering dan melekat. "Sheronica... Lemah-lembut sangat. Izzudin pula suka sangat bergurau." Lelaki itu memandang Farra. "Dan awak pula sentiasa menyelamatkan keadaan."

"Kita dah macam keluarga." celah Jyra. "Tak ada sebab nak menyesal. Sama-sama sampai habis walau apa pun nasib kita."

Semua orang mula berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum puas. Walaupun maut bakal berada di hadapan mata mereka, entah kenapa mereka sudah tidak berasa takut lagi. Mereka rasa bahagia dalam keadaan seperti itu.

"Satu je yang saya nak pesan." Farra memandang mereka satu-persatu. "Kalau misalnya kamu semua terselamat..."

Hisham, Noorizan, Miezza dan Jyra merenung gadis itu.

Huruf ✔Where stories live. Discover now