BAB 20 : PUNCANYA
Cuaca pada pagi itu amat cerah untuk melakukan apa-apa aktiviti yang lasak. Walaupun matahari berada di awan, keadaan langsung tidak panas dan sentiasa berangin membuatkan semuanya lebih selesa. Hujan langsung tidak turun di kawasan itu seolah-olah ia tidak berada pada garisan peredaran bumi.
Hari demi hari telah berlalu, setiap daripada ahli dalam kalangan Huruf itu akan dilatih untuk menggunakan kuasa mereka dengan baik dan betul. Seperti biasa, Aieyn akan menjadi ketua dan kadangkala digantikan oleh Farra atau Izzudin mengikut giliran. Setiap daripada mereka amat gigih berlatih. Masing-masing ingin menjadi pemilik yang baik kepada kuasa mereka sendiri.
"Semua dah bersedia sekarang?!" pekik Aieyn ketika mereka semua berkumpul lagi di tempat latihan itu seperti biasa selepas berehat daripada sarapan pagi.
"Ya!!" serentak semua orang menjawab dengan kuat ketika berbaris di kawasan lapang itu seolah-olah mereka kini sedang menjalani satu latihan tentera untuk menyelamatkan negara.
Farra tergelak sendiri melihat kepatuhan mereka pada Aieyn. Sheronica dan Izzudin turut tersengih.
"Saya akan bagi jadual." Aieyn memandang semua orang yang ada di situ satu-persatu.
Tiada seorang pun yang berani memandang wajah Aieyn. Mereka hanya menanti cemas memandang ke bawah.
"Jyra dengan Noorizan."
Serentak Jyra dan Noorizan tersentak kebingungan kemudian berpandangan sesama sendiri.
"Kami??" Tanya Jyra lagi walaupun dia tahu jawapannya akan tetap sama dan tidak akan berubah.
"Ya." jawab Aieyn selamba sambil berdiri tegak memandang mereka. "Ambil tempat."
Kedua-dua mereka tidak membantah. Bukan kerana bersetuju, tetapi kerana tidak berani untuk menengkar. Setiap arahan yang keluar daripada mulut gadis berambut peang itu tidak akan berubah melainkan ada sesuatu yang memaksanya.
"Lily dan Danish."
Lily agak tersentak kemudian memandang Danish dengan wajah tercengang sambil mengerutkan dahinya. Danish langsung tidak kisah. Dia hanya tersenyum dengan wajah yang selamba sambil mengangguk.
"Miezza dan Zulfiqar!" Aieyn bersuara lagi.
"Okey." Miezza mengangguk tenang tanpa kerisauan langsung tidak membantah. Dia tidak kisah dengan siapa dia akan digandingkan. Apa yang dia mahu hanya latihan untuk dirinya. Begitu juga dengan Zulfiqar yang juga tidak membantah. Dia hanya bersetuju dengan setiap arahan.
Aieyn memandang Farra yang mana gadis itu sudah memandangnya dengan kening yang terangkat. "Awak dengan..."
"Hisham!" selamba Farra memintas.
Aieyn merenung gadis itu tajam sambil kegeraman. "Jadi kalau macam tu saya dengan Rusdi."
Rusdi mula menggeletar apabila mendengar namanya digandingkan dengan Aieyn. Perlawanannya dengan Aieyn semasa latihan dahulu segera muncul dalam ingatan. Dia hampir mati dikerjakan oleh gadis itu. Dan kali ini, mereka bergandingan lagi. Dia tidak tahu apa yang akan terjadi.
"Izzudin... Seperti biasa." Farra memandang Izzudin sambil tersenyum. "Bahagikan diri awak."
Izzudin hanya mengenyitkan matanya tanda setuju sambil tersenyum manis yang menawan.
"Ambil tempat." arah Farra yang lebih ditujukan kepada Aieyn. "Dimulakan dengan Jyra dan Noorizan."
Jyra dan Noorizan berjalan perlahan-lahan ke kawasan lapang tempat Izzudin, Aieyn dan Farra bermain tempoh hari. Mereka kini berdiri bertentangan sesama mereka di tengah-tengah kawasan berpasir itu. Rakan-rakan yang lain hanya berdiri cemas ditepi menunggu giliran. Seolah-olah ia adalah ujian penentuan.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...