The Power Of Sand II

2.4K 231 26
                                    

BAB 7 : KUASA PASIR (BAHAGIAN II)


Miezza kini sudah berada di hadapan salah sebuah sekolah rendah yang terletak hanya di sekitar bandar itu berdekatan kawasan tempat mereka menginap. Dari tadi dia asyik mundar-mandir di hadapan bangunan tersebut kebingungan. Dia langsung tidak tahu apa yang hendak dilakukan bila bersendirian. Dia sebenarnya agak tidak bersetuju apabila Lily mencadangkan supaya mereka berpecah kerana dia belum biasa bergerak untuk mencari sendiri. Akan tetapi, ia lebih menjimatkan masa. Mahu atau tidak, mereka kena bergerak berasingan.

"Ada apa, Cik?"

"Opocot!" Miezza melatah terkejut apabila terdengar sapaan yang secara tiba-tiba itu. Dia menoleh sepantas kilat. Seorang wanita pertengahan umur bersanggul tinggi dengan kacamatanya yang meleret ke bawah memandang Miezza dengan senyuman yang kelihatannya menakutkan.

"Dari tadi saya nampak Cik berdiri kat sini." ujar wanita itu. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?"

Miezza memandang sekeliling cuba menyusun ayat sambil berdehem tanpa sebab. "Tak. Err, saya sedang mencari seseorang."

"Seseorang?? Siapa?" wanita itu memandang Miezza dengan pandangan yang sopan. "Adik kamu ke?"

"Ah... Bukan." Miezza kelihatan agak gugup sedikit. "Sebenarnya saya mencari seorang guru..."

"Guru??" pintas wanita itu serta-merta.

Miezza hanya mengangguk-angguk.

"Guru yang mana? Siapa namanya?" Tanya wanita pertengahan umur itu lagi yang kini sudah mula berkerut.

"Er..." Miezza menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Saya tak tahu siapa namanya tapi... Dia ada membuat blog."

"Blog??" wanita itu mengerutkan dahinya.

Miezza semakin buntu. Dia langsung tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya kerana itu kali pertama dia terpaksa berlakon sendiri. Sebelum ini, Aieyn dan Farra berada bersamanya.

"Blog... Kat laman sesawang."

"Oh, maaf." wanita itu segera mengukir senyuman manis. "Saya tak rasa ada guru macam tu kat sini."

"Yakah??" Miezza mengangguk perlahan kemudian tunduk sedikit. "Kalau macam tu terima kasih ya."

"Okey."

Wanita pertengahan umur itu melemparkan senyuman sekali lagi sebelum berlalu pergi. Miezza menarik nafas panjang sambil memandang sekeliling kemudian memandang semula wanita itu. "Er, puan."

Wanita itu memberhentikan langkahnya lalu menoleh memandang semula ke arah Miezza. "Ya, ada apa?"

"Hmm... Ada tak mana-mana sekolah yang dekat kat sini lagi?" Tanya Miezza dalam nada yang amat sopan.

"Oh... Awak jalan ke hujung jalan sana." wanita itu menuding ke arah jalan yang dimaksudkan dengan menggunakan jari telunjuknya. "Ada satu sekolah menengah kat sana tu."

Miezza memandang sekali imbas tempat yang dituding itu kemudian memandang wanita itu semula. "Baiklah. Terima kasih."

"Okey."

Miezza segera beredar dari situ kemudian berjalan kaki pantas menyusur jalan raya yang besar itu. Dia berjalan dengan tenang sambil memandang ke sekeliling tempat itu. Ia adalah sebuah bandar yang agak normal baginya. Tempat itu lebih kurang sama situasinya dengan tempat dia tinggal sebelum ini. Bagaimanapun dia mengambil peluang itu untuk memandang tempat yang belum pernah dikunjunginya.

Huruf ✔Where stories live. Discover now