Red Crystal

1.7K 170 15
                                    

BAB 27 : KRISTAL MERAH


Hari kini sudah mula gelap apabila tiba masanya. Bulan dan bintang langsung tidak muncul di langit pada malam itu. Hutan tebal itu hanya ditemani bunyi cengkerik yang kuat dan membingitkan telinga. Farra dan Hisham sudah pun mendirikan khemah sejak menjelang senja tadi sebagai persediaan untuk memudahkan keadaan.

Mereka mula menyusun tempat tidur mereka untuk berehat kerana seharian berjalan. Hisham membuat unggun api dan Farra membakar menggunakan kuasa api yang dia ada. Mereka duduk berdekatan unggun api. Perjalanan terpaksa dihentikan seketika. Sepertinya tempat yang mereja tuju lebih jauh dari yang disangka.

"Awak rasa kita akan selamat ke kat sini?" tanya Hisham sambil memandang sekeliling agak risau.

"Entah." Farra turut memandang sekeliling. Dia sendiri tidak tahu adakah tempat itu selamat atau tidak.

"Kita dah semakin jauh kat dalam hutan ni." ujar Hisham ketika memukul nyamuk yang berada di lengannya. "Takut ada apa-apa pula nanti."

"Harap-harap tak ada apa-apa lah."

Hisham hanya mampu mengangguk bersetuju. Keadaan menjadi sunyi sepi lagi. Masing-masing masih berasa kekok untuk bercakap. Unggun api yang ada di situ seperti dimarakkan sebagai pengganti untuk ditontoni.

"Dah dua hari..." gumam Farra dengan nada perlahan memecah kesunyian. "Susah juga nak jumpa tempat tu."

Hisham mengangguk bersetuju. "Saya minta maaf sebab tak boleh nak tunjuk arah jalan dengan baik."

Farra segera tersengih mendengar kenyataan lelaki itu. "Okey lagi tu. Kalau saya ni... Nak baca peta pun tak pandai. Lagi teruk."

Hisham turut ketawa mendengar kata-kata gadis itu sebelum keadaan menjadi sunyi sekali lagi. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan dalam keadaan seperti itu. Tiada perkara yang muncul difikiran untuk dijadikan topik.

"Er, Farra..."

Farra memandang lelaki itu pantas.

"Lepas semua ni lah kan... Mmm... Maksud saya lepas bertempur." Hisham memandang Farra dalam keadaan yang teragak-agak. "Apa yang awak akan lakukan? Apa awak nak buat?"

Farra tersengih sedikit kemudian kembali memandang unggun api itu. "Saya pun tak pasti lagi."

Hisham mengangguk-angguk walaupun bukan itu jawapan yang dia mahukan. Dia tidak begitu berani bertanya macam-macam perkara. Dalam keadaan seperti itu adalah lebih baik dia tidak banyak menimbulkan persoalan yang sensitif.

"Mungkin saya akan terus tinggal di markas."

Hisham memandang Farra semula.

"Saya akan hidup macam biasa semula di sana." tambah Farra lagi sambil tersenyum manis.

"Kenapa tak nak hidup seperti orang biasa?" tanya lelaki itu lagi. "Maksud saya hidup normal. Macam orang lain."

Farra berfikir sedikit kemudian segera tersenyum kembali. "Kami dijadikan sebagai penaung, Hisham. Bukan macam kamu semua. Ini tanggungjawab kami. Dan inilah kehidupan kami."

Hisham mengangguk-angguk kemudian tunduk seketika. Dia mengerti perasaan gadis itu. Tidak mudah untuk memilih jalan lain pada kedudukan mereka. Terlalu banyak perkara yang harus dititikberatkan.

"Saya tak boleh lari daripada tanggungjawab."

Hisham mengangguk-angguk faham.

Huruf ✔Where stories live. Discover now