The Power Of Laser Eyes II

2K 178 10
                                    


BAB 16 : KUASA TEMBAKAN MATA (BAHAGIAN II)


Aieyn duduk bersendirian di rumah sewa mereka itu sambil mengelamun panjang. Dia duduk dalam keadan berpeluk tubuh merenung meja yang kosong di hadapannya. Semua kawan-kawannya yang lain keluar untuk mencari orang dari kalangan mereka. Dia terpaksa berehat di rumah atas arahan Farra setelah lama mereka bertengkar mengenai hal itu hampir berjam-jam tanpa henti.

Badannya masih lagi terasa lemah walaupun sudah seharian berehat. Ia terasa dingin seolah-olah dia masih lagi berendam di dalam air. Buat seketika, dia merasa amat bodoh kerana terjun di dalam laut. itu. Dia tidak berfikir panjang ketika melakukan perkara itu. Ketakutannya pada air semakin bertambah.

Tiba-tiba sahaja pintu depan rumah itu dikuak perlahan menyebabkan Aieyn menoleh memandang ke situ. Kelihatan Rusdi masuk dalam keadaan yang teragak-agak. Aieyn mengerutkan dahinya memandang lelaki itu bagaimanapun segera berpaling. Dia masih belum mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Rusdi pula hanya membuka kasutnya kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke ruang tamu. Aieyn yang dapat mengetahui tindakan lelaki itu segera menyumpah di dalam hati.

"Awak okey?" Rusdi bertanya ketika melabuhkan punggungnya di sofa yang jauh sedikit dengan Aieyn.

"Hmm." Aieyn hanya menggumam dalam keadaan dingin sambil cuba memandang tempat lain. Dia cuba mengelak untuk melihat Rusdi walaupun hanya bayang-bayang lelaki itu.

"Pasal hari tu..." Rusdi merenung Aieyn. "Kenapa awak terjun ke dalam laut sedangkan awak tahu itu bahaya?"

Aieyn mendengus perlahan mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya mesti lakukannya walau apapun.."

Rusdi memandang gadis itu sayu penuh dengan rasa bersalah. "Awak tak perlu lakukannya."

"Tak payah risau lah, Rusdi." Aieyn bersuara sedikit keras. "Saya terjun bukan disebabkan awak."

Rusdi terdiam seketika. Cuba memproses apa yang gadis itu katakan. Memastikan sama ada ia benar atau tidak.

"Saya mesti cuba berjinak-jinak dengan air, Rusdi." Aieyn bersuara lagi. Kali ini dia sudah memandang wajah Rusdi yang memang sudah memandangnya dari tadi lagi. "Sebab air lah yang akan membunuh saya suatu hari nanti."

Rusdi mengeluh perlahan tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Dia tidak mahu permusuhannya dengan gadis itu berlanjutan.

"Rusdi, dengar ni..." Aieyn merenung lelaki itu tajam. "Selepas Farra... Kuasa kita berdua adalah kuasa yang paling kuat."

Rusdi tidak membalas sebaliknya hanya memandang Aieyn sayu. Dia langsung tidak bangga dengan perkara itu. Jika ianya boleh diubah, dia pasti akan meminta untuk mengubah fakta itu.

"Tapi jika kita berdua berlawan, api tak akan menang pada air." ujar Aieyn agak pelat untuk diungkapkan. "Awak kena tahu itu."

"Tapi awak lebih kuat dari saya, Aieyn." Rusdi membalas cuba mencari jika ada alasan yang boleh digunakan.

"Itu sekarang, Rusdi." Aieyn memandang lelaki itu. "Kalau awak dah banyak berlatih... Awak akan jadi lebih kuat dari saya."

Rusdi segera terdiam. Dia tidak tahu lagi bagaimana hendak meyakinkan Aieyn bahawa dia tidak akan boleh mengalahkan gadis itu. Dia hanya mampu berharap masa akan memperlihatkannya.

***

Farra dan Hisham berjalan dengan pantas. Kadangkala mereka berlari, kadangkala mereka berjalan terhendap-hendap seperti seorang pencuri yang ingin lari dari tempat kejadian sebelum polis datang menangkap. Mata mereka difokuskan pada sesuatu yang tidak boleh dibiarkan hilang dari pandangan.

Huruf ✔Where stories live. Discover now