>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Ki Hong Lee as Danish. (Huruf D)
BAB 17 : KUASA BEKU (BAHAGIAN II)
Perlahan-lahan Farra, Aieyn dan Danish menyelinap masuk secara curi-curi ke dalam sebuah kawasan yang amat besar bagaimanapun agak terpencil dan jauh dari bandar. Kawasan itu kelihatan sunyi sepi dengan salah satu sebabnya adalah jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
"Awak masih ingat tak mana pintu masuk kat tempat ni?" Farra memandang Danish sebelum memandang sekeliling.
Danish mengangguk-angguk. "Tapi kita tak boleh masuk ikut pintu depan. Nanti mereka nampak kita pula."
"Dah tengah malam ni." Aieyn mengangkat keningnya. "Takkan mereka tak tidur lagi??"
"Mereka bekerja dua puluh empat jam sehari." Danish menggerutu sambil menggolekkan bebola matanya. "Awak nak saya kira dalam seminggu lagi ke?"
Aieyn mendengus kuat. "Habis tu kita nak masuk dari mana? Kita tak ada kuasa nak tembus dinding."
"Ikut saya."
Farra dan Aieyn berpandangan seketika sambil membuat isyarat mata yang hanya difahami oleh mereka berdua kemudian menyusul lelaki itu. Mereka berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bangunan itu melalui satu lubang yang boleh dikenalpasti sebagai tempat untuk mengeluarkan asap.
Mereka berjalan penuh berhati-hati setelah berjaya dan akan berlindung sesekali jika ada orang yang lalu atau ada bunyi yang didengar secara tiba-tiba. Mereka kini sudah berada di satu lorong yang dipenuhi dengan asap dan bunyi mesin yang sedang bekerja secara automatik bagaimanapun tiada sesiapa di situ.
"Kita sekarang berada di bawah tanah." beritahu Danish apabila terpandang wajah Aieyn dan Farra yang sedang memandang sekeliling kebingungan jelas ingin tahu tempat apa yang mereka ceroboh itu.
Kedua-dua gadis itu langsung tidak membalas bagaimanapun mengangguk sedikit. Mereka hanya menyusul langkah Danish sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati. Nanti tidak tentu pasal mereka pula menjadi bahan ujikaji.
"Bilik kurungan tu berada di tingkat paling atas bangunan ni." ujar Danish ketika berdiri di hadapan sebuah pintu besi yang tidak berkunci.
"Tingkat atas??" Ulang Aieyn sambil mengaerutkan dahinya. "Jangan cakap kita kena naik sampai atas. Penat tahu tak."
"Apa guna lif kat sini??" Danish mendengus perlahan sambil menggolekkan bebola matanya.
Aieyn dan Farra tidak membalas sebaliknya menyusul lelaki itu berjalan sebelum menaiki sebuah lif berdekatan. Ketika lif itu mula bergerak, Farra dan Aieyn kelihatan cemas kerana itu adalah satu perkara yang baru bagi mereka. Akan tetapi, kedua-dua mereka tidak membuka mulut untuk menyatakan apa-apa. Danish pula hanya memandang kedua-dua gadis itu pelik.
Ketika pintu lif itu terbuka semula, Danish mengisyaratkan supaya mereka tunggu dahulu. Dia memeriksa keadaan di luar kemudian mengangguk tanda selamat. Mereka segera berjalan keluar. Ia adalah satu lorong yang dipenuhi dengan pintu di kiri dan kanan bagaimanapun mempunyai jarak yang sedikit jauh antara pintu.
"Dulu saya dikurung di sini." Danish memandang sebuah pintu besi yang hanya ada tingkap kecil berada betul-betul di hadapan mukanya.
"Kami tak ada masa nak tahu kenangan awak kat sini!" Aieyn memandang Danish kegeraman.
"Oh, maaf." Danish segera membuka langkah menuju ke bilik paling hujung tanpa berkata apa-apa lagi. "Ini biliknya."
Farra dan Aieyn hanya berpandangan sahaja. Berasa agak pelik dengan perjalanan yang dirasakan mudah itu.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...