BAB 34 : SI GADIS PENYEMBUH
Aieyn berdiri di atas batu besar itu seorang diri sambil cuba menenangkan dirinya. Ombak kuat bergelora di bawahnya langsung tidak dipedulikan. Dia tiba-tiba sahaja teringat serta-merta sewaktu dia dan Rusdi cuba berbaik. Lelaki itu mengajaknya terjun ke dalam laut itu bagi mengawal diri. Dan kini, lelaki itu sudah ditangkap dan entah apa yang jadi dengannya. Sama ada dia kini sudah mula berpaling dan mengkhianat, atau sebaliknya. Tiada siapa yang tahu.
"Aieyn..."
Aieyn segera menoleh pantas apabila terdengar sapaan itu. Kelihatan Noorizan sedang berdiri tegak di belakangnya. Aieyn kembali memandang ke hadapan dengan dengusan lembut. "Ada apa, Noorizan?"
Noorizan berjalan perlahan-lahan mendekati gadis itu sambil matanya memandang ke arah laut. "Awak okey ke?
Aieyn tidak membalas. Itu adalah soalan yang paling dia tidak suka untuk jawab buat masa ini. Dia tahu Noorizan dapat meneka jawapannya.
"Sekarang dah ada tanda." ujar gadis berambut perang itu sambil menarik nafas panjang. "Tinggal tunggu masa je lagi."
Noorizan tidak bersuara. Dia hanya mampu memandang ombak yang kini sedang bergelora.
"Nak tak nak... Saya kena berhadapan dengan mereka." Aieyn bersuara lagi. "Sama ada Rusdi atau pun perempuan tu."
"Tak boleh ke kalau saya..."
"Tak!" pintas Aieyn.
Noorizan segera terdiam. Dia tahu.Walau apapun terjadi Aieyn tidak akan pernah mengubah pendiriannya.
"Ini janji saya dari dulu lagi, Noorizan." Aieyn memandang lelaki itu. "Kamu kena uruskan perkara lain."
Noorizan tidak bersuara.
"Saya boleh rasa apa yang Rusdi boleh buat." ujar Aieyn lagi. "Sejak mula-mula jumpa dia pun kuasa dia dah kuat."
"Awak penaung puak ni, Aieyn." Noorizan bersuara perlahan. "Awak kena terus bersama puak ni."
Aieyn tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya memang penaung... Tapi buat masa sekarang ni je."
Noorizan mengerutkan dahinya memandang gadis itu. Kenyataan itu tidak sedap untuk didengar.
"Setiap penaung puak ni akan berubah mengikut peringkatnya." Aieyn membalas pandangan lelaki itu dengan wajah yang selamba. "Boleh jadi lepas ni kamu pula jadi penaung."
"Kenapa pula?" Noorizan mengecilkan matanya merenung gadis itu dengan dahi yang berkerut.
"Sesiapa saja yang hidup lepas ni..." Aieyn bersuara sambil menarik nafas panjang. "Dia lah penaungnya."
"Awak ada kan??" Noorizan merenung gadis itu penuh harapan. "Izzudin, Farra... Sheron..."
"Tak semestinya penaung akan mampu bertahan, Noorizan."
"Tapi kamu semua hebat." balas Noorizan kelihatan terdesak. "Mustahil untuk kamu tak mampu bertahan."
"Noorizan..." Aieyn merenung lelaki itu.. "Awak kena tahu... Sebelum ini semua puak Huruf ada tapi kenapa puak ni boleh musnah?"
Noorizan terdiam mendengar kata-kata gadis itu.
"Jangan berharap pada sesuatu yang belum pasti." Aieyn bersuara perlahan.m"Banyak benda yang kita tak tahu akan jadi."
"Aieyn!!"
Serentak kedua-dua mereka menoleh. Kelihatan Danish berdiri tercungap-cungap memandang mereka.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasia"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...