BAB 15 : KUASA AKAR (BAHAGIAN II)
Mereka tersentak apabila jeritan pengadil mengumumkan pemenang itu bergema di dalam gelanggang yang benar-benar luas itu. Orang ramai mula bersorak dan bertepuk tangan. Dewan itu kedengaran semakin bingit riuhnya membuatkan mereka hampir menutup telinga.
"Ada sesiapa lagi nak berlawan?" tanya pengadil itu lebih fokus memandang ahli kelab tinju lain yang berada berdekatan.
Tiada sesiapa yang menawarkan diri. Semuanya kelihatan seperti tahu di mana tahap mereka.
"Aieyn..." Farra menyigung gadis itu dengan senyuman sinis. "Rasanya kali ni awak kena mainkan peranan."
Aieyn hanya tersengih selamba. "Tak ada masalah."
Gadis berambut perang itu segera beredar entah ke mana. Kawan-kawannya yang lain hanya menyoroti setiap langkah gadis itu ingin bertanya tetapi tiada yang membuka mulut. Dia kini sedang bercakap dengan seorang lelaki yang berada di suatu sudut berdekatan gelanggang dan duduk di sebuah meja di situ. Lelaki itu kelihatan tercengang bagaimanapun memberi sesuatu kepada Aieyn. Aieyn menyanggul rambutnya kemas kemudian memakai topi keselamatan yang diberi kepadanya sebentar tadi sebelum melangkah naik ke atas gelanggang itu dengan yakin.
"Saya nak lawan."
Dewan itu yang tadinya riuh rendah dengan pekikan dan sorakan kini menjadi senyap secara tiba-tiba. Semua orang kini memandang Aieyn yang kini berdiri tidak diketahui identitinya di gelanggang itu kerana dia sudah sedia memakai topi keselamatan menyebabkan wajahnya tertutup. Lelaki bernama Noorizan itu hanya memandang Aieyn dari balik topi keselamatannya.
"Awak..." pengadil itu memandang Aieyn langsung tidak yakin kerana bentuk badannya. "Nak lawan?"
Aieyn mengangguk yakin langsung tidak berfikir banyak mengenai hal yang lain. Serta-merta letusan hilai tawa daripada semua orang kedengaran. Melihat badan Aieyn yang agak kurus itu membuatkan mereka berasa lucu untuk melihat perlawanan yang bakal berlangsung sebentar lagi.
"Okey... Baiklah." pengadil itu juga hampir ketawa bagaimanapun berpura-pura untuk menahan. Noorizan hanya berdiri di situ tidak bergerak. Kepalanya masih lagi menghala ke arah Aieyn.
"Siapa nama awak?" Tanya pengadil itu.
"Tak perlu umumkan nama saya." Aieyn menggerutu.
"Okey." pengadil itu memandang ke arah penonton dan menarik nafas panjang. "Perlawanan dimulakan!!"
Aieyn berjalan ditengah-tengah gelanggang sambil memakai sarung tangan tinju berwarna merah yang diberikan padanya sebentar tadi. Noorizan juga kelihatan sudah bersedia.
"Hei, dah gila ke?" bisik Jyra agak risau.
Farra tidak menjawab sebaliknya amat teruja menonton perlawanan itu. Reaksinya hampir sama dengan reaksi Aieyn ketika melihat perlawanan pedang antara dia dengan Hisham.
"Sedia!! Mula!!"
Aieyn dan Noorizan berdiri bertentangan antara satu sama lain. Perlawanan segera dimulakan selepas diumumkan sebentar tadi. Aieyn mula menyerang tanpa menunggu. Dia menumbuk dada Noorizan dan menyebabkan lelaki itu terundur sedikit. Noorizan membuat serangan balas begitu juga dengan Aieyn.
Perlawanan itu kelihatan amat sengit tidak seperti yang dijangkakan. Kedua-dua mereka benar-benar ingin menang. Semua penonton menjadi teruja dan mula menjerit nama Noorizan lagi. Topi keselamatan yang dipakai oleh Aieyn segera tercabut ketika tangan lelaki itu tertumbuk kepalanya.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasía"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...