Mission II

2.9K 243 14
                                    

BAB 2 : MISI (BAHAGIAN II)


Farra duduk sendirian di sebuah kerusi di kafeteria itu sambil menikmati makan tengaharinya. Dia makan sambil membaca buku tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Ada juga yang tengah berbisik-bisik mengenainya kerana bergaduh dengan Jane, gadis paling berpengaruh di kolej itu yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya gadis itu boleh jadi seperti itu.

Semua itu tidak menjadi masalah baginya. Dia tahu bahawa dia tidak akan kekal lama di situ. Jika mereka sudah menjumpai apa yang mereka cari, mereka tetap akan pergi. Jadi, adalah lebih baik jika keadaan itu dibiarkan. Aieyn pula menghilang entah ke mana. Ketika diajak makan tengahari, dia hendak bersendirian katanya. Farra hanya mampu berharap gadis itu tidak berbuat sesuatu yang tidak baik.

"Hai."

Farra menurunkan buku yang menutup mukanya untuk melihat siapa yang datang menyapa. Seorang lelaki dengan rambut belah tepi dan berkulit putih gebu tersenyum ceria memandangnya.

"Hai." Farra membalas agak kekok kerana dia langsung tidak kenal siapa lelaki yang tiba-tiba menyapanya itu.

"Kenal saya tak?" Tanya lelaki itu memandang Farra.

Farra merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Cuba mengingati jika dia pernah bertemu dengan lelaki itu di mana-mana. Lelaki itu pula memandangnya penuh harapan agar dirinya akan diingati. Tiba-tiba sahaja Farra tersentak apabila teringat sesuatu. Dia kini sudah mengecam wajah lelaki itu dan di mana mereka berjumpa.

"Awak..." Farra mengecilkan matanya merenung lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk-angguk kerana yakin bahawa Farra sudah mengingat di mana mereka berjumpa.

"Awak lelaki yang ada dengan Jane waktu kawan saya bergaduh dengan dia tempoh hari kan?" Farra segera menghabiskan ayatnya.

"Ya. Betul tu." Selamba lelaki itu menjawab tanpa berselindung.

Lelaki itu adalah orang yang bertanya pada Jane siapa Aieyn pada ketika itu. Lelaki yang paling hampir dengan Aieyn dan asyik tersenyum melihat gelagat mereka. Tapi apa pula lelaki ini mahu?

"By the way, saya Azim." lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Farra tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu curiga. Dia tidak mahu dipermainkan lagi.

"Siapa nama awak?" Tanya Azim setelah tiada balasan yang dia terima daripada gadis berlesung pipit itu.

"Farra." ringkas jawapan Farra yang kelihatan terpaksa.

"Okey..." Azim mengangguk-angguk kekok. Dia dapat merasakan bahawa gadis itu tidak berapa suka bercakap dengannya.

"Apa awak nak sebenarnya?" Farra terus sahaja bertanya tanpa berselindung kerana kecurigaannya terhadap lelaki itu sudah cukup. Selera makannya kini sudah hilang. Dia tidak mahu meneruskan makan. "Awak nak tanya kenapa saya bergaduh dengan girlfriend awak tu ke? Atau ada niat lain."

"Ops! Pembetulan. She's not my girlfriend."

"Apa-apa lah." balas Farra sambil menggolekkan bebola matanya.

"Tak ada lah." Azim memandang wajah gadis itu masih dengan senyuman yang tidak dapat dipastikan apa maknanya itu. "Saja nak kenal dengan awak. Tak boleh ke?"

"Bukan awak nak tahu cerita kenapa kami bergaduh ke?" Tanya Farra masih lagi dengan kecurigaannya. "Atau awak ada muslihat lain."

"Tak perlu tanya apa sebabnya pun saya boleh tahu." Azim bersuara tenang. "Bukannya kali pertama pun dia bergaduh dengan orang. Lebih-lebih lagi budak baru. Itu memang aktiviti tetapnya."

Huruf ✔Where stories live. Discover now