BAB 23 : KONGSI KUASA
Kesemua ahli puak Huruf itu bangun pada awal pagi lagi bagi mempersiapkan diri mereka untuk memulakan perjalanan. Setelah Izzudin memberikan peta kepada setiap kumpulan, mereka dilepaskan untuk bergerak dengan pesanan ringkas yang selamba daripada lelaki bermata biru itu yang hanya meminta mereka kembali masih bernyawa.
Pelbagai soalan dilontarkan pada lelaki itu bagi tidak menyulitkan keadaan semasa dalam perjalanan. Izzudin sempat lagi memberi pesanan berjela-jela pada Zulfiqar yang ditugaskan untuk berjaga di markas. Kumpulan Jyra, Rusdi dan Danish bergerak ke arah Utara. Kumpulan Farra dan Hisham menuju ke Timur. Kumpulan Izzudin, Lily dan Miezza pula bergerak ke Selatan, manakala kumpulan Aieyn dan Noorizan menuju ke Barat. Semua berlepas serentak dengan penuh debaran.
Miezza, Izzudin dan Lily berjalan masuk ke dalam hutan itu sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati. Masing-masing membawa beg galas yang mempunyai barang-barang keperluan mereka untuk tidak menyukarkan keadaan. Izzudin menggenggam erat peta ditangannya. Ini adalah misi pertama untuk ketiga-tiga mereka keluar dari markas memandangkan dia sebelum ini hanya berjaga.
"Izzudin..."
Izzudin menoleh memandang Lily sambil mengangkat sedikit keningnya. Dahinya masih lagi kelihatan berkerut.
"Pernah tak awak keluar dari markas sebelum ni?" Tanya Lily serta-merta tanpa memberhentikan langkahnya.
Izzudin semakin mengerutkan dahinya. "Maksud awak??"
"Maksud saya..." Lily bercakap sambil memandang laluan tempat dia berjalan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. "Aieyn dan Farra kan pernah keluar untuk cari kami..."
"Oh." Izzudin segera faham apa yang gadis itu cuba tanya kemudian kembali melihat jalan yang dilaluinya. "Tak pernah."
"Kenapa?" Tanya Lily lagi sambil memandang Miezza sekali imbas yang sibuk memandang sekeliling tempat itu seperti seorang pelancong. "Jadi ini adalah pertama kali awak keluar?
"Ya. Setakat ni kami masih belum yakin untuk tinggalkan markas tu tanpa ada yang jaga." jawab Izzudin kembali memandang peta yang dipegangnya. "Nak berharap pada Sheron... Dia tak ada kemahiran untuk berlawan macam kami."
Lily hanya mengangguk-angguk tanda faham.
"Kenapa tak awak je yang keluar dalam misi mencari hari tu?" Miezza akhirnya bersuara memandang lelaki itu dengan dahi yang berkerut. "Biar salah seorang daripada mereka pula yang tinggal."
Izzudin hanya mengukir senyuman manis. "Aieyn dan Farra lebih tahu dan kenal dengan dunia orang biasa. Lagipun mereka memang bersedia untuk menerima sebarang serangan. Mereka lebih sesuai untuk misi tu."
Miezza dan Lily tidak bersuara ataupun mengangguk.
"Bila kita melangkah keluar dari markas..." Izzudin memandang kedua-dua mereka. "Maknanya kita dah bersedia untuk diserang."
Serentak kedua-dua gadis itu membesarkan mata memandang Izzudin. Jelas tidak bersetuju mengenai kenyataan itu.
"Macam keadaan kita sekarang ni." ujar Izzudin.
"Tapi kami rasa tak bersedia lagi." Lily mula kelihatan risau sambil memandang sekeliling.
Izzudin tersenyum sekali lagi. "Kamu dah bersedia. Kami dah boleh nampak kedudukan kamu semua."
Kedua-dua gadis itu tidak membalas dan hanya mampu berpandangan.
"Waktu kami mula-mula dapat kuasa kami dulu..." sambung Izzudin. "Aieyn dan Farra memang sangat gigih berlatih. Berlatih tanpa apa-apa guru pun. Sebab tu mereka hebat."
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...