>>>>>>>>>> The picture of Hisham's character. Niall Horan from One Direction (Huruf H)
BAB 13 : LATIHAN YANG MEMBUNUH
Suasana pagi itu begitu baik sekali. Mereka kini sudah kembali dari perkampungan kecil yang benar-benar mengejutkan mereka dengan pelbagai budaya. Mereka menjumpai Hisham, yang sukar dilepaskan oleh orang-orang kampung untuk mengikut mereka. Nyaris-nyaris mereka dihalau kerana berniat hendak merampas lelaki itu dari orang kampung yang dikatakan pahlawan atau pembawa tuah kepada mereka. Mujur lah Hisham memberi penerangan dengan sebaiknya.
Farra dan Miezza masih lagi menghadap komputer riba untuk mengesan jika ada yang boleh dijadikan petunjuk untuk mencari orang dari kalangan Huruf. Tugas itu seolah-olah sudah ditetapkan untuk mereka kerana hanya mereka berdua sahaja yang mahir untuk menggunakan peralatan canggih yang sedia ada untuk mencari dan hanya mereka sahaja yang tahu bagaimana caranya.
Aieyn pula sedang mengemas kotak keperakan yang sentiasa mereka bawa ke mana-mana itu. Ia kini semakin berkurangan. Hanya ada dua sebab yang boleh mengurangkan kuantiti rantai di dalam kotak keperakan itu. Sama ada rantai itu sudah dipakai oleh tuannya, atau ia sudah hancur menjadi debu sebelum sempat berjumpa tuannya.
Jyra dan Lily pula sedang mengemas meja makan kerana mereka baru sahaja selesai makan tengahari. Rusdi dan Hisham pula hanya duduk di sofa sambil termenung tidak tahu hendak berbuat apa di situ. Mereka masih belum menjumpai apa fungsi mereka dalam misi mencari itu.
Tidak semena-mena cahaya menerangi seluruh ruang tamu itu menyebabkan semua orang memandang ke arah Lily yang mana langkahnya turut terhenti betul-betul di koridor menuju ke dapur.
"Bukan saya lah!" bentak Lily agak geram kerana dia asyik disalahkan jika perkara itu berlaku.
"Sini."
Semua mata kini beralih memandang Aieyn yang sedang mengangkat seutas rantai dengan buah huruf 'X'. Seperti biasa, rantai itu mula bertukar menjadi debu dan hilang dari pandangan.
Serentak semua orang mengeluh termasuk Hisham. Lelaki itu tidak terlalu terkejut kerana dia sudah tahu mengenai puak Huruf itu sedikit ketika dalam perjalanan balik ke situ. Pada waktu itu, rantai dengan buah huruf 'K' musnah di hadapan matanya membuatkan dia benar-benar terkejut.
"Kita terlambat lagi." keluh Lily kemudian segera ke dapur untuk membuang sampah dan meletakkan pinggan kotor di situ sebelum kembali ke ruang tamu untuk menyertai yang lain.
Semua orang hanya mampu memandang kotak keperakan yang berada di tangan Aieyn itu dengan pandangan yang sayu. Mereka tidak mampu berkata apa-apa kerana tiada apa yang dapat dilakukan lagi jika ianya sudah ghaib.
"Kami tak dapat kesan lah." keluh Miezza sambil bersandar di kerusi kelihatan mengeluh panjang agak berputus asa. Dia sememangnya sudah terlalu penat. Kemusnahan rantai itu membuat dia bertambah hilang semangat.
Farra yang duduk di sebelahnya turut mengeluh perlahan. Dia juga sudah terlalu letih menghadap komputer riba itu. Dia mula meregang-regangkan otot lehernya yang dirasakan seperti hendak tercabut.
"Macam mana kita nak jejaki mereka kalau tak dapat dikesan." Lily turut mengeluh dari kerusi berdekatan meja makan.
"Kami dah cuba." Farra bersuara perlahan sambil mengangkat bahunya. "Tapi memang tak ada sebarang tanda pun."
Tiada sesiapa pun bersuara. Mereka juga tidak berani untuk mempertikaikan kerja Farra dan Miezza kerana hanya mereka berdua sahaja yang melakukan kerja itu tanpa henti dan tanpa sebarang bantuan.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...