Beginning III

3.2K 269 24
                                    

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Claire Holt as Aieyn (Huruf A).




BAB 1 : PERMULAAN (BAHAGIAN III)




Farra keluar dari kereta itu apabila sampai ke destinasi yang mereka tuju sambil menyandang begnya dengan mata yang dikecilkan dan memandang sekeliling tempat asing itu. Setelah semalaman mereka mencari tempat yang diinginkan, akhirnya mereka tiba dengan selamat.

Keriuhan Kolej Sains Antarabangsa itu begitu hangat sekali. Ia terdiri daripada remaja yang mempunyai pelbagai ragam. Semua berada dalam kelompok masing-masing. Kaki gossip, orang-orang atlet, kelab muzik, pembuli dan macam-macam lagi. Apa yang pasti, itu adalah sesuatu yang agak baru bagi kedua-dua gadis itu. Satu budaya yang mereka belum pernah kenal lagi sebelum ini. Yang tidak pernah terlintas dalam hidup mereka.

"Lenguhnya badan!" Aieyn mengeliat panjang setelah keluar dari dalam kereta itu kemudian menyandang begnya. Dia sempat lagi meregangkan otot lehernya dengan irinngan bunyi tulang.

"Tak payah nak mengeluh." Farra menjeling tajam ke arah gadis itu. "Saya yang pandu kereta ni."

"Eh, saya ada pandu juga tahu." Aieyn cuba membela diri dengan wajah tanpa rasa bersalah.

"Setakat dua jam je??" Farra mengangkat keningnya sambil merenung gadis itu agak geram.

Aieyn hanya tersenyum kambing sambil menggaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal.

"Kata dia yang akan pandu." Farra mendengus sambil mengunci kereta itu. "Janji melayu betul. Dah, jom!"

"Nanti!"

Farra berhenti berjalan kemudian berpaling memandang Aieyn dengan wajah letih melayan kerenah gadis berambut perang itu.

"Kita jadi apa sekarang ni?" Tanya Aieyn sambil berkerut.

"Kita kat kolej sekarang ni, Aieyn." Farra menjawab dengan gigi yang diketap kuat cuba menahan marah. "Mestilah kita jadi pelajar. Nak apa lagi."

"Oh, tolonglah!!" bentak Aieyn kelihatan tidak puas hati. "Perlu ke kita menyamar jadi pelajar lagi?"

Farra hanya mengangkat keningnya. "Habis tu?? Awak nak jadi apa?? Jadi pensyarah? Saya boleh daftarkan."

"Kan ada cleaner kat sini." ujar Aieyn sambil memandang sekeliling. "Kenapa kita tak ambil pekerjaan tu je? Tak pun jadi tukang kebun. Ataupun sekuriti ke."

"Apa kata awak tutup mulut awak tu dan jalan sekarang!" bentak Farra kemudian terus berlalu pergi. Jika dia melayan gadis itu, mereka akan bertengkar di situ selama sejam dan kemungkinan akan bergelut tidak sudah.

Aieyn mendengus kuat kemudian menyusul Farra dari belakang agak pasrah dengan mulutnya sudah mula terkumat-kamit menyumpah seranah. "Saya benci belajar."

Kedua-dua gadis itu melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan yang amat besar. Beberapa orang yang memakai baju agak kemas sedang sibuk ke hulu-hilir melakukan sesuatu yang langsung tidak difahami oleh mereka. Aieyn dan Farra hanya ternganga melihat keadaan itu. Masih belum biasa dengan perkara-perkara sedemikian. Ia kelihatan seperti sebuah pejabat. Hanya itu sahaja yang dapat mereka simpulkan.

"Boleh saya bantu?" Tanya seorang perempuan yang sedang duduk di sebuah kaunter berdekatan mereka.

"Oh," Farra segera menuju ke kaunter itu disusuli oleh Aieyn. "Kami pelajar baru di sini. Baru nak mendaftar."

Huruf ✔Where stories live. Discover now