BAB 31 : PERMAINAN TERAKHIR
Aieyn berjalan meredah hutan itu sendirian tanpa ditemani sesiapapun. Dia memandang sekeliling tempat itu untuk cuba mencari jika ada apa-apa petanda markas itu di ceroboh masuk oleh orang-orang yang tidak diingini. Mereka harus sentiasa berjaga-jaga dalam situasi yang mereka sendiri tidak boleh jangkakan. Sekali-sekala, dia akan terjumpa tapak-tapak permainan mereka sewaktu kecil dahulu. Rumah kayu yang mereka bina kini sudah usang. Dia sudah tidak muat untuk masuk ke dalamnya. Papan-papan panah yang menjadi tempat mereka bermain juga masih boleh dijumpai membuatkan dia tersenyum sendirian mengingati kisah dahulu.
Langkah Aieyn terhenti secara tiba-tiba. Sesuatu kini sedang bergerak di sekitarnya dengan langkah penuh berhati-hati. Dia dapat merasakan kehadiran itu. Bunyi ranting kayu dipijak dan geseran pada daun-daun membuatkan dia meneliti dari mana datangnya bunyi itu. Tangan kanannya kini sudah bersedia untuk menyerang pada bila-bila masa sahaja jika ia muncul.
ZUPP!!!
Satu tembakan api dilepaskan oleh gadis itu betul-betul di belakangnya tanpa berfikir panjang.
"Aieyn..."
Aieyn tersentak kemudian menurunkan tangannya perlahan-lahan. Kelihatan Farra muncul sambil memukul-mukul lengan bajunya yang sedikit kotor akibat cuba mengelak tembakan gadis itu.
"Awak rupanya." Aieyn mendengus perlahan sekaligus menarik nafas lega yang dia sendiri tidak tahu bila dia berbuat demikian.
"Ya." jawab Farra selamba. "Saya."
"Apa awak buat kat sini??" Aieyn berkerut memandang gadis berlesung pipit itu sambil berdehem sedikit.
"Sama dengan sebab kenapa awak ada kat sini." selamba Farra menjawab sambil memandang sekeliling.
Aieyn hanya mengangguk-angguk kemudian menarik nafas panjang. Langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang diberikan. "Setakat sampai hari ni... Masih belum ada apa-apa tanda."
Farra mendengus perlahan. "Ya. Sama ada mereka menunggu masa yang sesuai atau ada rancangan lain."
Aieyn tidak bersuara sebaliknya memandang sekeliling tempat itu. "Mereka pasti akan cari saya dulu."
"Ya." Farra mengangguk tanda mengiyakan kenyataan itu. Perkara itu tidak dapat dinafikan lagi jika semua yang mereka jangkakan selama ini adalah betul. "Saya yakin pasal tu kalau mereka menceroboh ke sini."
Aieyn tersengih penuh makna kemudian memandang Farra. "Selepas tu giliran awak pula."
Farra turut tersengih kemudian menyusul Aieyn yang kini sudah mula membuka langkah. "Saya tahu."
Kedua-dua gadis itu kini berjalan beriringan sambil memandang setiap inci tempat itu dengan penuh teliti seperti pemantau. Mereka harus memastikan tiada apa-apa yang mereka terlepas pandang.
"Tak lama lagi pelindung tempat ni akan terbuka..." Aieyn bersuara tanpa memandang wajah gadis itu. "Awak dah sedia?"
Farra tergelak mendengar kata-kata gadis itu. "Saya dah bersedia sejak kita masuk semula ke markas ni, Aieyn."
Aieyn tersengih mendengar jawapan Farra sambil tersenyum sinis. "Dah besar panjang awak sekarang ya."
Farra segera ketawa. "Awak pun apa kurangnya."
"Sesekali awak kena tahu..." Aieyn memandang Farra sekali imbas. "Saya boleh berubah dengan pantas."
"Saya tahu." balas Farra sambil menggolekkan bebola matanya. "Perungut, mengada-ngada, kuat mengomel, marah-marah..."
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantastik"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...