BAB 22 : UKIRAN BATU
Gadis berambut perang semulajadi itu kini sedang berdiri di atas sebuah batu besar yang dikelilingi air laut yang sangat deras di bawahnya. Angin lembut memukul dirinya juga amat kuat seperti air laut yang deras itu. Dia masih tidak tahu apa yang ada di fikirannya pada saat ini. Terlalu banyak perkara yang harus dia risaukan. Kenangan waktu dulu langsung tidak pernah lari dari ingatannya menambah lagi kerisauan. Terutama sekali masalah dirinya sendiri dengan air. Dia tidak tahu jika dia boleh berbaik dengan air. Dia masih teringat bagaimana dia hampir mati ketika terjun di laut.
"Aieyn..."
Aieyn tersentak kemudian menoleh memandang ke belakang. Membesarkan matanya tidak sangka melihat Rusdi yang sudah memandangnya sambil cuba tersenyum. Lelaki itu kelihatan seperti terdesak dengan keadaan yang agak bimbang.
Aieyn kembali berpaling merenung ke laut sambil menarik nafas panjang cuba untuk mengelak daripada memandang wajah lelaki itu. "Ada apa, Rusdi?"
"Awak okey?" tanya Rusdi dari jarak yang sedikit jauh dalam keadaan yang teragak-agak. Dia langsung tidak berani untuk mendekati Aieyn bagaimanapun cuba untuk berbual secara baik.
Aieyn menarik nafas panjang sekali lagi. "Saya okey."
Mereka mendiamkan diri seketika. Masing-masing tidak tahu apa yang ingin dicakapkan. Kedua-dua juga sedang cuba menenangkan diri. Keadaan itu terlalu kekok bagi mereka untuk memulakan sesuatu.
Setelah berfikir agak lama dan mendesak dirinya sendiri, akhirnya perlahan-lahan Rusdi membuka langkah mendekati gadis itu. Aieyn pula sedang berusaha menahan dirinya daripada marah atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
"Kenapa duduk sendiri kat sini?" Tanya Rusdi lagi acuh tak acuh seperti tiada soalan lain yang lebih baik.
"Saja je." selamba Aieyn menjawab.
Rusdi segera duduk di sebelah gadis itu dengan jarak yang sedikit jauh. "Pasal sejarah ayah dan ibu awak dulu..."
Aieyn memejamkan matanya cuba untuk mengawal emosinya. Kenapa? Kenapa perkara itu diungkit lagi?
"Saya dah dengar dari Farra."
Aieyn langsung tidak membalas apa-apa. Dia masih cuba berusaha mengawal dirinya agar tidak terganggu atau terkesan dengan kenangan yang terlalu pahit dalam sejarah hidupnya itu.
"Saya minta maaf." ucap Rusdi sambil memandang ribanya. "Saya tak tahu perkara tu buat awak jadi dingin dengan saya."
Aieyn mendengus kuat dengan sengaja agar Rusdi faham apa yang dia cuba isyaratkan. "Tak perlu lah ungkit perkara tu lagi."
Rusdi terdiam seketika. Dia hanya mengangguk tanda faham. Dia tahu perkara itu sangat sukar bagi Aieyn. Dan dia tahu perkara seperti itu amat sensitif untuk dibincangkan dalam keadaan yang kekok.
"Saya minta maaf, Rusdi."
Rusdi tersentak mendengar apa yang baru sahaja dilafazkan itu kemudian menoleh memandang Aieyn.
"Saya benar-benar minta maaf."
Rusdi semakin tercengang memandang gadis itu sambil membesarkan matanya. Dia langsung tidak pernah menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut Aieyn. Gadis itu kini sedang menghadap laut yang luas terbentang itu.
"Saya asyik mengamuk bila dengan awak." Aieyn menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa lidahnya sukar untuk berkata-kata. "Asyik marah tak tentu pasal. Sampai saya hampir-hampir bunuh awak."
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...