BAB 11 : KUASA YANG TIDAK LENGKAP (BAHAGIAN II)
"Aieyn..." Farra berjalan mendekati gadis itu ketika semua orang sibuk dengan majlis itu sambil memandang sekeliling. "Macam mana kita nak cari Huruf dikalangan orang ramai ni?"
"Saya pun tak tahu." Aieyn hanya mengangkat bahunya sambil cuba memerhatikan setiap orang yang ada di situ. Dia kini sibuk mengunyah roti yang di ambilnya dari meja makan.
Miezza dan Lily pula sudah beredar sebentar tadi untuk pergi memerhati kawasan sekeliling tempat itu jika ada tanda-tanda yang mencurigakan. Jyra dan Rusdi sedang berbual dengan Mira dan Fiza. Mereka cuba mencungkil rahsia daripada kedua-dua gadis itu jika ada apa-apa yang pelik pernah berlaku.
"Saya pergi ambil makanan dulu." ujar Farra kemudian mendekati meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai hidangan itu. Aieyn pula masih sibuk makan tidak mempedulikan orang lain. Dia kini merasa nikmat makanan yang sedap itu.
"Nak roti bakar?"
Farra tersentak kemudian menoleh pantas. Pinggan yang dipegangnya hampir terlepas dari tangan. Hisham kini sedang berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan roti bakar pada gadis itu dan mengukir senyuman manis pada wajahnya.
Farra segera mencapai roti itu dalam keadaan sedikit teragak-agak dan berdehem tanpa sebab. "Terima kasih."
"Kita belum sempat berkenalan lagi kan..." ujar Hisham sambil menggigit roti bakar yang berada ditangannya. "Saya Hisham."
"Farra."
Hisham hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Hebat juga awak bermain pedang ya."
"Hebat??" ulang Farra sambil menggolekkan bebola matanya. "Saya tetap dah kalah pun kan."
Hisham hanya tersengih mendengar kata-kata gadis itu. "Sebenarnya awak dah hampir menang pun."
Farra tidak membalas sebaliknya sibuk mengambil seberapa banyak makanan yang boleh diambilnya.
"Bagaimana dengan memanah tadi?" Hisham bersuara lagi. "Nampaknya banyak perkara yang awak mahir."
"Tak ada lah." balas Farra.
"Agak mengagumkan bagi seseorang yang tidak berasal dari kampung ni." ujar Hisham.
Farra berhenti seketika kemudian memandang lelaki itu. Ini adalah kali pertama dia dapat merenung dengan jelas wajahnya. "Awak memang dilahirkan kat kampung ni ke? Memang asal di sini?"
Hisham mencapai kekacang yang berdekatan lalu menyuap ke dalam mulutnya sambil memandang sekeliling. "Bukan. Saya bukan berasal dari sini."
Farra membesarkan matanya. "Habis tu?"
Lelaki itu kembali memandangnya. "Saya terjumpa tempat ni sama macam awak dan kawan-kawan awak."
"Daripada laman sesawang??" Farra masih lagi memandang lelaki itu dengan mata yang dibesarkan.
Hisham mengangguk-angguk. "Saya tinggal dengan ibu saya sejak kecil tanpa sesiapapun sehinggalah saya berusia lima belas tahun, ibu saya meninggal dunia." Dia kembali mencapai roti bakar dan menggigitnya sebelum memandang Farra. "Saya yakin tak boleh berjaya di sekolah dan buat keputusan untuk berhenti. Apabila saya terbaca pasal tempat ni... Saya buat keputusan untuk melawat je. Saya nak merantau. Cari kehidupan yang baru dan sesuai dengan saya."
"Dan awak putuskan untuk tinggal di sini?" teka Farra walaupun sudah tahu apa jawapannya.
"Ya." Hisham menarik nafas panjang. "Saya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Penerimaan mereka pada saya sangat baik dan saya buat keputusan untuk menjadi orang dalam kalangan mereka."
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasi"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...