The Power Of Root I

2.1K 181 14
                                    

BAB 15 : KUASA AKAR


Farra memberhentikan kereta yang dipandunya betul-betul di hadapan Kolej Sains Antarabangsa itu. Buat seketika, dia bersyukur mereka belajar memandu ketika memulakan operasi mencari dulu. Perkara itu memudahkan segalanya. Dia menarik nafas panjang seketika kemudian mematikan enjin kereta.

Hisham kini sedang ternganga melihat seluruh kawasan kolej itu. Ia adalah pertama kali dia melihat sesuatu seperti itu sejak bertahun-tahun dahulu. Rusdi, Jyra dan Lily hanya memandang sekeliling tidak begitu teruja kerana mereka berasal dari kehidupan normal. Aieyn masih lagi mendengus kerana tidak suka masuk ke situ lagi. Segala kenangan pahit yang dia terima selama dia menjadi pelajar di situ sudah cukup membuatkan dia serik untuk datang ke tempat itu. Keriuhan kolej itu masih sama seperti dulu. Sepertinya tiada apa-apa yang berbeza.

"Wah... Lamanya tak balik ke sini!!" Miezza bersuara agak teruja memandang kolej itu seolah-olah sudah sepuluh tahun dia tidak ke situ. Buat seketika, dia sudah terlupa dia ada kehidupan sendiri sebelum ini.

Farra turut tersenyum memandang sekeliling. Aieyn hanya menunjukkan muka tidak suka dengan tempat itu.

"Adalah lebih baik si Jane tu tak berjumpa dengan kita." Aieyn menggerutu sambil memandang sekeliling. "Kalau dia buat hal... Saya akan bakar dia terus tanpa berfikir panjang."

Farra hanya memandang Aieyn sambil menggelengkan kepalanya. Bermula lah lagi leteran gadis itu.

"Hai!!"

Serentak semua orang menoleh. Seorang lelaki berambut belah tepi dengan fesyen yang cantikdan rapi, berjaket perang dan tersenyum ceria serta cukup di kenali oleh Farra dan Miezza segera berlari mendapatkan mereka dan merangkul Aieyn gembira kerana gadis itu yang paling dekat.

"Hoi! Azim!" Aieyn memukul kepala lelaki itu kerana dia hampir sahaja terjatuh dengan rangkulan yang tiba-tiba.

"Ouch!" Azim memegang kepalanya. "Bertenanglah."

Aieyn hanya merenung lelaki itu tajam.

Azim tersengih sedikit. "Nampaknya kamu semakin ramai." Dia memandang rakan-rakan mereka yang lain yang kini turut memandang lelaki itu agak terkejut kerana sepertinya Azim mengetahui segalanya. "Semuanya sama macam kamu ke?"

Farra mengangguk-angguk tidak mengeluarkan apa-apa dari mulutnya ketika memandang yang lain.

Azim mengangguk teruja kemudian menarik nafas panjang. "Lamanya tak jumpa kamu."

"Lama??" ulang Aieyn sambil mengangkat keningnya. "Rasanya macam baru beberapa minggu je."

"Eh, kira lama lah tu."

"Tapi kan... Si Jane tu mana?" Farra memandang sekeliling sebelum memandang lelaki itu.

Azim turut memandang sekeliling sambil mengerutkan dahinya. "Entah. Sejak ada pelajar baru yang saya cakap tu... Dia dah jarang buli orang. Tunjuk baik depan lelaki tu lah kot. Maklum lah. Kacak orangnya."

"Lelaki ke orang yang awak cakapkan tu?" Celah Miezza.

Azim mengangguk-angguk. Hisham, Rusdi, Jyra dan Lily yang berada di situ hanya menjadi penonton dan pendengar kerana mereka tidak kenal dengan lelaki itu untuk berbual. Tiada apa yang mereka mampu tanyakan.

"Mana dia?" Tanya Aieyn serta-merta.

"Kamu datang tepat pada masanya." Azim melihat jam di tangannya seketika. "Jom ikut saya."

Azim mula membuka langkahnya tanpa membuang masa lagi. Aieyn dan Miezza segera menyusulnya selepas berpandangan antara satu sama lain. Farra pula segera memandang kawan-kawan mereka sekali imbas sambil mengisyaratkan supaya mereka juga turut mengikut sekali. Tiada seorang pun dari mereka bersuara untuk bertanya atau membantah mengenai itu. Mereka hanya mengikut sahaja masih lagi memandang sekeliling tempat itu.

Huruf ✔Where stories live. Discover now