The Objectives

2.5K 189 18
                                    

>>>>>>>>>>>>>>> Picture of Izzudin's cast Thomas Brodie Sangster (Huruf I)


BAB 18 : MARKAS (BAHAGIAN II - TUJUAN)


Kedinginan meresap ke seluruh tubuh mereka pada malam itu amat menyenangkan. Bulan kini muncul di langit tanpa ditemani bintang. Unggun api yang marak berada di tengah-tengah ruangan itu menerangi seluruh kawasan markas. Semua orang kini duduk dalam satu bulatan yang dibentuk dengan sengaja. Mereka hanya duduk diam sambil memandang api yang marak tanpa mampu membuka mulut. Masing-masing menunggu apa yang akan berlaku selepas itu..

"Baiklah..." Aieyn berdiri dari tempat duduknya setelah lama berbincang dengan Farra, Izzudin dan Sheronica petang tadi mengenai apa yang bakal mereka terangkan pada malam itu. "Saya rasa kamu semua pasti ingin tahu apa tujuan kamu di sini, kenapa kami mencari kamu semua."

Semua orang tidak memberi sebarang reaksi sebaliknya menunggu tindakan Aieyn yang seterusnya.

"Malam ni... Kita akan saling mengenali." tambah Aieyn lagi sambil menarik nafas panjang. "Nama dan kehidupan sebelum ni. Kita mulakan dengan Zulfiqar."

Zulfiqar yang dari tadi asyik termenung berdiam diri segera tersentak apabila namanya disebut menjadi orang pertama.

"Perkenalkan diri awak." arah Aieyn ketika kembali di tempat duduknya. "Dengan kuasa awak sekali."

"Oh..." Zulfiqar berfikir seketika. "Nama saya Zulfiqar. Saya Huruf Z." Dia mengangkat bahu tanpa sebab. "Kuasa saya adalah kuasa ais. Atau kuasa pembeku?" Lelaki itu berkerut kebingungan sendiri. "Saya boleh membekukan apa saja benda." Zulfiqar kelihatan teragak-agak. "Sebelum ni saya telah dimasukkan ke sebuah makmal ujikaji sebab saya telah memberitahu orang tentang kuasa saya."

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Menanti jika ada lagi yang ingin di tambah oleh lelaki itu.

"Saya dah tak ada apa-apa nak cakap lagi."

"Oh." Serentak semua orang memandang Aieyn.

"Kuasa Zulfiqar amat bagus." Gadis berambut perang itu segera bersuara sambil memandang setiap orang di situ seperti seorang pensyarah yang sedang mengajar ketika dia kembali berdiri. "Ia adalah satu-satunya kuasa yang boleh mengalahkan kuasa air."

Serentak semua orang memandang Rusdi yang hanya terkedu memandang Aieyn tidak bersuara tanpa sebab.

"Walaubagaimanapun ia tidak boleh dipertemukan dengan api." sampuk Farra selamba. "Ia akan kalah." Dia membetulkan sedikit kedudukannya. "Kuasa beku ni juga boleh dijadikan sebagai pelindung dari apa-apa serangan. Macam satu tembok pertahanan. Tapi kena hati-hati. Sebab ia mudah pecah."

Semua orang hanya mengangguk.

"Awak lagi, Danish." Aieyn memandang lelaki yang sedang menggigit kuku itu setelah keadaan sunyi agak lama.

Danish memandang kiri dan kanannya tanpa tujuan seketika kemudian membetulkan kedudukannya. "Nama saya Danish. Saya Huruf D. Dan kuasa saya adalah tembakan melalui mata." Dia berkelip seketika. "Saya mula dapat tahu tentang kuasa saya ketika saya marah." Sambungnya lagi. "Saya marah sambil merenung cermin bilik saya masa tu. Tiba-tiba saya nampak mata saya berwarna merah dan memecahkan cermin tu. Atau lebih tepat lagi meletupkannya."

"Matanya amat istimewa." Aieyn segera bersuara sambil memandang Danish tanpa memastikan jika perkenalan diri lelaki itu sudah selesai atau belum. "Ia boleh meletupkan sesuatu benda dengan hanya merenung benda tu. Boleh dikatakan matanya ibarat pistol." Dia mengangkat bahu. "Ia juga boleh nampak benda yang kita tak boleh nampak."

Huruf ✔Where stories live. Discover now