>>>>>>>>> Lily's cast is Jennifer Lawrence. (Huruf L)
BAB 7 : KUASA PASIR
Keadaan di bandar itu tidak sama seperti yang mereka sangkakan. Tidak sama seperti bandar-bandar yang dikunjungi sebelum ini. Hujan turun mencurah-curah tidak berhenti di kawasan itu. Jika bukan hujan yang lebat, ia pasti renyai-renyai. Tempat itu sentiasa basah dengan air hujan.
Sudah dua hari mereka duduk di situ setelah berpindah dari pekan sebelum ini. Lily juga turut bersama mereka setelah berjam-jam mereka berusaha untuk meyakinkan gadis itu sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kuasa mereka masing-masing sebagai bukti.
Aieyn menyelak langsir tingkap itu kemudian memandang sekeliling. Hujan masih turun dengan lebat tidak berhenti membuatkan dia mendengus kuat. "Aish! Kenapa hujan tak pandai nak berhenti ni?!"
Lily yang sedang makan kerepek di atas sofa hanya memandang Aieyn. Miezza pula hanya buat-buat tidak tahu, manakala Farra hanya tersengih melihat perangai gadis berambut perang itu yang langsung tidak senang duduk sejak mereka berpindah ke situ. Aieyn asyik menyumpah seranah dan mengomel mengenai tempat itu hanya kerana hujan yang sentiasa turun.
"Memang cuaca kat kawasan ni, Aieyn..." beritahu Miezza dengan nada keluhan. "Apa lagi yang kita boleh buat?"
Aieyn mengetap giginya kegeraman kemudian duduk semula di atas sofa. "Menyampah betul!!"
"Saya tahu lah awak paling tak suka bila hujan." sindir Farra cuba menahan senyum. "Tapi cuba lah bertenang sikit. Bukannya hujan dalam rumah ni pun. Kat luar tu je kot. Bertenang lah sikit."
Aieyn memandang Farra geram dengan pandangan yang tajam. Hendak saja dia menarik rambut perempuan itu lalu menghentakkan kepalanya di lantai berkali-kali. "Saya tahu lah awak paling suka hujan sebab senang nak uji kuasa awak tu!"
"Hello..." Farra membalas sambil memetik jarinya di hadapan muka gadis itu. "Memang lah hujan. Tapi tak ada petir pun."
Aieyn hanya mampu mendengus kemudian bersandar pada sofa itu. Miezza hanya menarik nafas panjang tidak mahu mendengar pertengkaran mereka diteruskan lagi. Silap-silap mereka bergaduh dengan menembakkan kuasa sesama sendiri.
"Bertenanglah." sampuk Lily masih lagi mengunyah kerepek yang dipegangnya. "Hujan je pun."
Aieyn merenung Lily tajam seolah-olah dia boleh mengeluarkan kuasa apinya melalui mata dan membakar gadis itu.
"Maaf." ucap Lily apabila teringat bahawa gadis berambut perang itu berkuasa api. "Lupa pula."
"Kenapa lah salah seorang dari kita tinggal kat sini pula??" Aieyn masih lagi tidak puas hati kemudian beralih memandang Farra. "Awak pasti ke dia ada kat sini? Ke awak salah tengok? Sampai kita terpaksa tinggal kat sini."
Farra mendengus perlahan kemudian mengetap giginya. "Setakat ni kat sini je yang saya boleh cakap ada, wahai cik Aieyn."
"Macam mana saya nak keluar cari dia dalam keadaan hujan macam ni?!" Bentak Aieyn.
"Dahlah. Kalau awak tak nak keluar biar kami je yang mencari." ujar Lily cuba menyenangkan hati gadis itu.
Aieyn tidak membalas sebaliknya mendengus kuat sambil berpeluk tubuh. Dia kini bersandar tidak bergerak. Hanya memandang meja kosong yang berada di hadapannya. Fikirannya melayang jauh.
"Dah jumpa maklumat?" Miezza memandang Farra. Dia sudah penat mendengar rungutan Aieyn yang seperti tiada kesudahan.
Gadis berlesung pipit itu masih lagi menghadap komputer ribanya. "Saya cari maklumat mengenai dia dulu."
YOU ARE READING
Huruf ✔
خيال (فانتازيا)"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...