Moving I

3K 231 17
                                    

>>>>>>>>>>> Miezza's cast above. Chloe Grace Moretz. (Huruf M)


BAB 5 : PINDAH 


Suasana di bandar itu amat berbeza dari tempat-tempat sebelumnya. Jika sebelum ini mereka berada di tempat masyarakat masa kini. Kali ini mereka berpindah pula ke sebuah pekan kecil yang mengamalkan hidup harmoni yang agak berbeza. Masyarakatnya mempunyai budi pekerti yang baik dan sangat ramah. Pelbagai aktiviti dan pekerjaan mereka lakukan sebagai sara hidup. Suasananya juga amat menenangkan berbanding dengan datang ke kolej yang riuh dengan gosip-gosip terkini dan suka mengenakan orang.

"Jadi, Miezza..." Aieyn berhenti berjalan setelah agak lama kemudian menghadap gadis berambut ikal yang hanya panjangnya ke paras bawah bahu sahaja. Dia mengecilkan matanya akibat kesilauan cahaya bumi.

Farra dan Miezza yang berada di belakangnya turut berhenti berjalan setelah agak lama mengikuti gadis berambut perang itu. Mereka kini berada di satu kawasan berumput yang sangat lapang. Tidak dapat dipastikan apa kegunaan tempat itu. Yang pastinya adalah ia agak jauh dari tempat lain dan langsung tiada orang.

"Awak dah boleh guna kuasa awak?" Aieyn segera berpeluk tubuh.

Miezza kelihatan teragak-agak memandang Aieyn kemudian memandang Farra dan beralih kepada Aieyn semula. "Saya tak tahu."

"Sejak bila awak tahu awak ada kuasa macam ni?" Farra bertanya turut berpeluk tubuh.

Miezza cuba berfikir seketika. "Masa saya berumur sebelas tahun rasanya." Dia mengerutkan pula dahinya sambil berusaha untuk mengingati saat itu. "Waktu tu saya hampir dirompak tak silap. Saya tak sengaja halakan tangan saya perompak tu. Masa tu lah saya dapat tahu."

"Apa awak buat lepas tu?" tanya Farra.

"Apa awak fikir saya akan buat??" Miezza membesarkan matanya memandang gadis berlesung pipit itu. "Saya ingatkan saya dah jadi gila."

Kedua-dua gadis itu tidak membalas.

"Saya ingatkan bila saya dah bangun pagi esok semua yang jadi hanya mimpi..." Miezza menyambung. "Tapi benda tu masih ada. Dan saya semakin pelik. Saya cuba cari tahu dari mana dan bagaimana saya ada kebolehan ni." Dia mengangkat bahu dengan wajah kecewa. "Tapi saya tak jumpa."

Aieyn dan Farra hanya mengangguk-angguk.

"Lepas tu??" Aieyn merenung gadis itu sambil mengangkat sebelah keningnya. "Awak ada beritahu sesiapa pasal kebolehan awak tu?"

Miezza menggelengkan kepalanya. "Saya ada cuba beritahu pada ibu dan ayah saya tapi... Mereka cakap saya terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng dan filem-filem mengarut. Jadi, saya tak nak gesa lagi."

Kedua-dua gadis itu segera tersengih mendengar kata-kata Miezza.

"Apa perasaan awak bila tahu kebolehan awak ni??" Tanya Farra pula. Dia dan Aieyn kini seperti seorang wartawan majalah dan akhbar. Pelbagai soalan mereka tanyakan bertubi-tubi kepada gadis itu. "Teruja? Sedih? Gembira?"

Miezza berfikir lagi. "Macam yang saya cakapkan tadi... Saya ingatkan saya dah gila... Maksud saya, benda ni mustahil! Sangat-sangat mustahil."

Aieyn dan Farra tidak membalas. Mereka faham bagaimana perasaan orang yang agak baru dengan dunia seperti itu.

"Tapi..." Miezza tunduk seketika memandang tangan kanannya yang mempunyai parut berbentuk huruf 'M' itu. Parut yang menjadi tanda dia mempunyai kebolehan luar biasa. "Ini yang terjadi."

Huruf ✔Where stories live. Discover now