Light Power II

2.3K 209 8
                                    

BAB 6 : KUASA CAHAYA (BAHAGIAN II)


Farra dan Aieyn tersentak dan mengeras pada posisi mereka. Satu suara muncul dari belakang mereka menyebabkan mereka kaku tidak bergerak. Tanpa disedari, mereka telah mengangkat kedua-dua tangan mereka seolah-olah mereka telah berjaya ditangkap oleh pegawai polis yang mencari penjenayah.

"Jangan bergerak!" ujar suara itu semakin keras dan kedengaran berlegar-legar di belakang mereka. Kedua-dua mereka tidak membantah dan hanya menurut arahan itu. Masing-masing berdiam diri masih mengangkat tangan. Hanya mampu berpandangan sambil memberi isyarat yang hanya difahami oleh mereka.

"Kalau kamu bergerak... Saya akan bunuh kamu."

Farra dan Aieyn mengangkat kening mereka sebelum seorang perempuan berambut pendek yang seperti pernah dilihat oleh mereka sebelum ini berjalan ke hadapan sambil menghalakan tangan kanannya yang kosong bagaimanapun tiada apa-apa senjata yang merbahaya dipegang.

"Lily?!!" serentak Aieyn dan Farra bersuara sambil tercengang melihat gadis itu berdiri di hadapan mereka saat ini.

"Ya..." Lily kelihatan agak terketar-ketar dengan wajah yang serius. "Jangan kamu berani buat apa-apa!!"

Kedua-dua gadis itu masih lagi tercengang tidak percaya memandang gadis berambut pendek yang kelihatan tidak senang dengan pandangan mereka itu.

"Adakah..." Aieyn mengerutkan dahinya memandang Lily. "Awak yang keluarkan cahaya tu tadi?"

Lily menelan air liurnya. "Kalau ya kenapa??"

Aieyn segera ketawa sambil menurunkan tangannya, manakala Farra pula hanya mengangkat kening juga menurunkan tangannya. Lily kelihatan semakin takut. Dia mula berundur sedikit demi sedikit.

"Kalau macam tu awak mesti Huruf L." Aieyn menarik nafas panjang sambil bercekak pinggang.

Lily kelihatan terkejut mendengar kenyataan itu. Dia merenung kedua-dua gadis itu tajam dengan mata yang terbuka luas tidak berkelip. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya. "Apa awak cakap??"

"Mesti ada parut berbentuk huruf L kat lengan kanan awak tu kan?" Farra menuding ke arah lengan Lily yang tertutup dengan pakaian seragam kerjanya sambil mengangkat kening.

Lily memegang tangannya seolah-olah dia telah diserang satu virus melalui lengannya itu dengan mata yang semakin dibesarkan.

"Jangan takut lah, Lily." pujuk Aieyn selamba dengan senyuman sinis yang mula terukir. "Kita sama."

"Sama??" Ulang Lily. "Maksudnya??"

"Sama macam awak." ujar gadis berambut perang itu lagi. "Sedikit ganjil dari manusia biasa."

Farra memandang Aieyn kerana berasa janggal apabila terdengar perkataan 'ganjil' itu kemudian memandang Lily semula. "Macam ni lah. Apa kata awak ikut kami dulu? Ada banyak benda yang awak perlu tahu."

***

Aieyn merentap daun pintu depan rumah sewa mereka itu dengan kuat. Miezza yang duduk di ruang tamu sendirian memandang mereka agak cemas. Dia menanti langsung tidak tahu apa-apa membuatkan dia bertambah risau. Farra turut muncul di muka pintu betul-betul di belakang Aieyn.

"Macam mana??" Tanya Miezza dengan nada masih sedikit risau. "Ada jumpa apa-apa tak?"

Aieyn dan Farra tidak menjawab sebaliknya mengisyaratkan supaya gadis berambut pendek yang berada di belakang mereka itu masuk.

"Lily?!!" Pekik Miezza apabila Lily melangkah masuk dalam keadaan teragak-agak memandang sekeliling.

"Masuk, Lily." arah Aieyn kemudian menutup pintu rumah itu.

Huruf ✔Where stories live. Discover now