The Power Of Wind II

2.6K 236 12
                                    

BAB 4 : KUASA ANGIN (BAHAGIAN II)


"Azim!!" Aieyn memandang lelaki itu yang kelihatan sudah hampir pitam. "Cuba keluarkan semua orang yang ada di sini!!" Aieyn mencengkap kolar baju lelaki itu untuk memastikan dia dengar. "Sekarang!!"

Azim tidak membantah dan terus sahaja beredar dari tempat itu. Ia adalah langkah terbaik untuk dilakukannya sebelum pengsan dan menyusahkan orang. Kedua-dua gadis itu pula berpandangan seketika kemudian mengangguk tanda bersedia untuk mengeluarkan kuasa yang mereka miliki.

Belum sempat mereka bertindak, tiba-tiba sahaja satu pusaran angin terbentuk menyebabkan langkah mereka terhenti. Kelihatan seorang perempuan berdiri ditengah-tengah kafeteria itu sambil mendepakan kedua-dua tangannya dan cuba mengawal pusaran angin yang terbentuk. Aieyn dan Farra tercengang seketika. Itu adalah dia. Itulah orang yang mereka cari selama ini.

Tapi malangnya, pusaran angin gadis itu belum cukup kuat untuk melawan makhluk-makhluk aneh tadi. Dia kini dicekik oleh salah satu makhluk itu sambil diacukan kuku panjang yang berbentuk seperti pisau tepat di perutnya.

Tidak semena-mena, satu panahan petir terkena tepat pada makhluk yang mencekik gadis itu menyebabkan dia terlepas lalu jatuh terjelepuk di atas lantai. Makhluk itu meronta-ronta seperti terkena renjatan elektrik yang kuat sebelum meledak dan memercikkan cecair berwarna coklat yang berbau hanyir di merata tempat. Gadis yang sedang mengerekot di lantai itu tercengang kemudian segera menoleh dengan mata yang terbuka luas. Aieyn dan Farra kini sudah melangkah masuk setelah menjadi pemerhati sebentar tadi. Tangan mereka masing-masing menunjukkan kuasa milik mereka.

Aieyn mengangkat tangan kanannya dengan wajah yang selamba lalu menghalakannya tepat ke arah salah satu makhluk di situ. Satu percikan api keluar dari tangannya tanpa sebarang amaran itu lalu membakar makhluk tersebut. Makhluk itu meronta-ronta kepanasan kerana terbakar sebelum meledak kuat menjadi cecair berwarna coklat itu. Gadis yang terjatuh di lantai itu mula berundur sedikit demi sedikit. Tercengang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya pada saat ini.

Farra menembak satu lagi makhluk yang berada di situ dengan kuasa petirnya. Satu cahaya keperakan keluar dari tangan kanannya dan terkena tepat pada makhluk itu. Serta-merta makhluk itu meledak sama menjadi cecair berwarna coklat. Gadis berlesung pipit itu merasa hendak muntah melihat cecair yang melekit dan menggelikan itu berserta baunya yang amat teruk. Aieyn terus sahaja mengeluarkan api dari tangannya lalu membakar makhluk yang terakhir itu. Ia kemudiannya meledak menjadi cecair tadi.

Keadaan menjadi lebih reda sekarang. Kafeteria itu kini seperti menjadi tempat pesta cat berwarna coklat yang kini berada di merata-rata tempat. Farra masih lagi menahan dirinya daripada termuntah. Tidak tahan dengan perkara itu. Aieyn hanya sibuk membersihkan cecair yang terkena pada badannya.

"Makhluk dari mana mereka ni?" Farra sedang menyapu-nyapu dadanya cuba menenangkan diri.

Aieyn tidak menjawab sebaliknya melihat cecair itu dengan rasa muak yang teramat sangat. Dahinya kini sudah berkerut jelas bengang dengan perkara itu. Dia harus membersihkan dirinya lagi.

"Siapa kamu?"

Serentak Farra dan Aieyn menoleh. Buat seketika mereka terlupa ada orang lain yang turut berada di situ. Orang yang selama ini mereka cari. Yang menyebabkan mereka datang ke kolej itu. Iaitu salah seorang yang terpilih. Terpilih untuk mendapat kuasa dari puak mereka. Kini mereka sudah menjumpainya.

Perlahan-lahan Aieyn dan Farra berjalan mendekati gadis yang kini kelihatan agak takut itu. Farra mencapai pantas lengan kanan gadis itu kemudian menarik lengan bajunya. Kelihatan satu parut berbentuk huruf 'M' terukir di situ.

Huruf ✔Where stories live. Discover now