>>>>>>>>>>>>>> Picture of Rusdi's cast is Dylan O'Brien. (Huruf R)
BAB 9 : JANGAN CARI PASAL
Rusdi berjalan keluar dari bilik tidurnya sambil mengeliat panjang dan meregangkan sedikit otot lehernya kemudian berjalan menuju ke ruang tamu agak janggal. Dia memandang satu-persatu orang yang ada di situ.
Jyra kini sedang duduk di sofa sambil melakukan sesuatu pada komputer ribanya, Lily yang duduk di sebelahnya sedang bermain satu permainan video di telefon bimbitnya sendiri, Aieyn pula sedang duduk di sebelah Farra yang sedang menghadap komputer riba miliknya itu masih dalam usaha mencari Huruf yang masih tinggal, manakala Miezza sedang memeriksa kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana-mana itu.
"Oh, Rusdi..."
Serentak semua orang menoleh memandang Rusdi apabila Miezza menyebut nama lelaki itu menyebabkan keadaan jadi sunyi dan lelaki itu berasa semakin kurang selesa dengan semua pandangan itu. Mereka langsung tidak perasan kehadirannya di situ kerana sibuk dengan hal masing-masing.
"Awak dah sarapan ke?" Tanya Miezza sambil tersenyum manis lebih mesra dari yang lain.
"Dah." Rusdi hanya mengangguk-angguk kemudian duduk di sebuah kerusi paling dekat dengan tempat dia sedang berdiri. Dia benar-benar janggal dan langsung tidak tahu hendak berbuat apa kerana hanya dia seorang sahaja lelaki yang berada di situ, manakala yang lain semuanya perempuan.
"Dah ada dapat apa-apa maklumat ke, Farra?" Lily yang sibuk bermain telefon bimbitnya dari tadi akhirnya bersuara. Dia juga sudah letih lalu meletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja.
Farra hanya menggelengkan kepala tanpa mengalihkan matanya dari komputer riba itu. "Saya tak jumpa apa-apa lagi."
"Boleh saya tanya satu soalan?"
Serentak semua orang memandang Rusdi yang kelihatan teragak-agak memandang setiap orang di situ.
"Apa dia?" Miezza mengangkat keningnya.
"Er... Macam mana kamu boleh tahu kami ada di bandar ni?" Rusdi terus sahaja dengan soalannya. Masih kurang selesa dengan semua mata yang memandangnya jika dia membuka mulut.
"Kami cari guna laman web lah." jawab Miezza ringkas dengan riak wajah yang selamba.
"Tapi... Macam mana??" Tanya Rusdi lagi yang sudah sudah mula berkerut. "Maksud saya..."
"Kami dapat dari sebuah blog." selamba Farra memintas sambil menarik nafas panjang.
"Blog??" Ulang Rusdi. Kerutan di dahinya semakin jelas.
Farra mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang. Buat seketika, dia bersyukur kerana mempelajari bagaimana hendak menggunakan peralatan canggih itu dan akhirnya menjadi berguna kepada mereka. "Biasanya apa-apa benda pelik berlaku akan dikeluarkan dalam akhbar atau artikel. Bagi kes kamu ni, kami jumpa satu blog yang kamu buat sendiri."
"Tapi saya tak ada blog." beritahu Rusdi.
Mendengar kata-kata Rusdi, serentak semua orang menoleh memandang Jyra yang kini sedang ketawa sendiri seperti orang kurang siuman memandang komputer ribanya itu sambil melakukan sesuatu yang hanya diketahui olehnya.
"Hoi!!"
Jyra terdiam kemudian memandang semua orang yang kini sedang memandangnya. "Apa???"
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...