BAB 28 : KRISTAL HITAM
Aieyn dan Noorizan masih lagi meneruskan perjalanan yang mereka sendiri tidak pasti di manakah penghujungnya. Entah kenapa, terasa seperti markas kediaman mereka semakin jauh dari kedudukan mereka saat ini. Sepertinya mereka akan sesat dan tidak akan menemui jalan pulang dan akan terus hidup seperti itu. Mereka hampir sahaja berputus asa untuk meneruskan segalanya.
"Perjalanan ni lebih jauh dari yang kita sangka." gumam Noorizan yang kini sudah hampir kehabisan tenaga.
Aieyn tersengih mendengar kata-kata lelaki itu bagaimanapun mengangguk bersetuju. Dia dapat merasakan pernafasannya semakin laju.
"Harap-harap jalan pulang nanti berjalan lancar." Noorizan memandang ke belakang seketika untuk melihat jalan yang mereka telah lalui dengan harapan jalan pulang akan terbuka luas ataupun senang untuk diingati. Jalan yang dia tidak pasti dapat ingat lagi atau tidak.
"Nampaknya kita kena AAAAA!!!!!" belum sempat Aieyn menghabiskan kata-katanya, tidak semena-mena sahaja dia tergelincir jatuh akibat tanah yang pijaknya itu amat licin.
Tanpa di sedari, jalan sudah mencuram jatuh di hadapan mereka betul-betul menuju ke arah sungai di bawah mereka yang mengalir deras seperti air laut. Dengan pantas Noorizan menyambut tangan gadis itu.
"Tak guna!!" gumam Aieyn sambil memandang sekali imbas air sungai deras di bawah kakinya.
"Dapat panjat tak??" Tanya Noorizan dalam keadaan wajah yang kini pelat dan merah padam kerana cuba menampung berat Aieyn dengan hanya menggunakan tangan kanannya sahaja.
Aieyn cuba memegang segala apa yang boleh di badan Noorizan untuk naik semula ke atas.
"Argh!! Aieyn, awak tarik rambut saya!"
"Maaf!" pekik Aieyn melepaskan semula pegangannya membuatkan dia kembali tergantung hanya pada tangan kanan lelaki itu.
"Nanti." Noorizan cuba membetulkan kedudukannya dengan tangan kanannya kini berurat kerana mengeluarkan banyak tenaga yang mampu untuk menahan gadis itu. Ia mula terasa lenguh bagaimanapun tetap digagahkan agar Aieyn tidak terlepas dari genggamannya. Tidak semena-mena, akar-akar pokok keluar dari tanah di tempat Noorizan kini sedang bertiarap. Dia sudah tidak peduli dengan bajunya yang akan kotor. Akar-akar itu mengeras betul-betul dekat dengan badan gadis berambut perang itu.
"Panjat!"
Aieyn tidak membantah. Dia memanjat akar-akar itu dengan tangan kanannya masih memegang tangan Noorizan. Dia benar-benar tidak mahu jatuh ke dalam sungai yang berada di bawahnya itu.
"Wuoh." Noorizan mengurut-urut tangan kanannya yang kini terasa lenguh apabila Aieyn sudah berada di sebelahnya.
Aieyn tersengih memandang gelagat lelaki itu yang kini kelihatan merah padam dan jelas kelihatan kerana kulitnya yang putih. "Kenapa awak tak lepaskan je saya? Sungai pun kat bawah tu. Bukannya batu."
"Saya masih ingat lagi bagaimana awak hampir lemas dalam laut dulu tu. Takkan saya nak lepaskan."
Aieyn tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia memandang Noorizan yang sememangnya sudah memandang gadis itu.
"Saya tak ada kuasa api untuk sembuhkan awak." ujar lelaki itu lagi dengan wajah yang selamba.
Aieyn hanya tersenyum tawar kemudian bingkas bangun lalu melibas-libas seluarnya. "Terima kasih, Noorizan."
Noorizan hanya tersenyum turut bangun dari tempat duduknya. Aieyn terus membuka langkah untuk meneruskan perjalanan disusuli oleh Noorizan tanpa berkata apa-apa lagi selepas itu.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...