BAB 37 : KOSONG
Kehilangan dua penaung puak Huruf itu benar-benar memberi impak yang amat besar kepada mereka semua. Bermula dengan Sheronica, dan kini giliran Aieyn, orang yang selama ini amat digeruni dan boleh dikatakan sebagai harapan mereka. Jika kedua-dua mereka boleh tumbang, bagaimana dengan nasib mereka yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi? Apa akan terjadi kepada mereka?
Segala ketakutan mereka semakin datang. Sudah tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan selain meneruskan langkah. Masing-masing sudah putus harapan untuk berusaha. Segala apa yang mereka harapkan hanya sia-sia.
Farra kini sedang duduk di kawasan latihan markas itu seorang diri. Setelah pemergian Aieyn, dia semakin hilang arah. Dua daripada penaung puak Huruf kini sudah tiada. Dia langsung tidak tahu apa yang harus dilakukan. Perkara yang selama ini menjadi kerisauannya tentang gadis itu sudah terjadi. Benar apa katanya sebelum mati, dia akan kalah kepada Rusdi walau apa pun yang akan terjadi.
"Farra..."
Farra tidak menjawab mahupun menoleh. Dia kenal benar siapa yang berada di belakangnya itu. Hisham kini sedang berdiri memandangnya risau. Tidak mampu berbuat yang lebih baik selain daripada itu. Dia tahu bagaimana sakitnya kehilangan orang yang amat penting dalam hidup. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati gadis itu.
"Awak okey ke?"
Farra tersengih mendengar kata-kata lelaki itu dengan mata yang berkaca. "Saya dah penat dengar soalan tu."
Hisham menarik nafas panjang kemudian segera duduk betul-betul di sebelah gadis itu. "Sebab awak tak pernah jawab. Awak tak pernah jawab dengan betul seiring dengan apa yang ada dalam hati awak."
Farra tidak membalas sebaliknya memandang pasir yang kini ditiup angin. Berharap dia juga akan diterbangkan jauh dari situ.
"Esok pelindung tempat ni akan hilang kan?" Tanya Hisham yang sebenarnya dia memang sudah sedia tahu jawapan kepada soalannya itu. Dia sudah tidak tahu hendak bertanya apa lagi.
"Saya dah terlupa pun pasal benda tu." gumam Farra kemudian tunduk seketika sambil memejamkan matanya.
Hisham segera memandang gadis itu. "Farra... Awak adalah ketua puak ni. Saya harap awak tak lupa benda tu."
Farra tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. "Saya tak pernah lupa. Tapi saya rasa saya dah hilang kekuatan."
"Farra, dengar ni..." Hisham cuba menyusun ayat. "Kami semua sentiasa ada dengan awak. Hanya awak dan Izzudin yang ada sekarang. Kami letakkan harapan sepenuhnya pada kamu."
Mendengar kenyataan lelaki itu, mata Farra mula berkaca. Dia tidak pernah merasa beban yang selama ini dipikulnya terlalu berat seolah-olah boleh mematahkan bahunya sendiri. Dia tidak pernah memikirkan bagaimana hidupnya tanpa Aieyn dan Sheronica menjadi pelengkap kepada perjalanan untuk mengakhiri peperangan itu. Dia langsung tidak memikirkannya.
"Apa yang dah lepas kita tak boleh nak buat apa-apa lagi." ujar Hisham lalu memandang ke hadapan semula. "Nak menyesal pun tak ada guna."
"Mungkin awak akan menyangkal semua benda tu kalau awak bersama mereka sejak kecil lagi."
Hisham terdiam mendengar kata-kata gadis itu.
"Bagi saya..." suara Farra mula kedengaran tersekat-sekat. "Saya hidup selama ni dengan mereka. Dengan tujuan yang sama. Tapi kali ni..."
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...