>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Lucas Till as Noorizan. (Huruf N)
BAB 16 : KUASA TEMBAKAN MATA
Suasana kini bertukar lagi. Mereka kini sedang berada di sebuah kawasan kecil berdekatan laut yang agak berangin tanpa ribut. Tempat itu agak lain dari biasa. Suasananya sedikit tenang dengan bunyi desiran ombak yang dapat didengar dengan jelas. Setiap kali mereka menjumpai sesuatu, setiap kali itu juga lah mereka terpaksa berpindah bagi mengelakkan musuh membuat serangan secara berterusan. Semakin ramai Huruf yang mereka jumpa, semakin ramai juga yang sudah dibunuh tanpa diketahui identitinya. Mereka tidak dapat mempercepatkan langkah mencari itu dalam apa cara sekalipun.
Farra dan Lily kini sedang duduk di atas sebuah batu besar agak jauh sedikit dari kawasan air laut. Mereka cuba menikmati udara di situ serta merehatkan diri dari segala penat. Hisham, Noorizan dan Rusdi sedang duduk di bawah sepohon pokok yang agak rendang juga berdekatan dengan kedua-dua gadis itu. Mereka baru saja selesai menceritakan apa yang mereka tahu mengenai puak Huruf kepada Noorizan yang masih terkapai-kapai mengenai puak itu. Dia amat berhati-hati dan mengambil setiap perkara dengan logik dan bersebab. Miezza dan Jyra pula sedang seronok bermain-main air ditepi pantai sambil mengutip kerang. Itu adalah perkara yang amat mereka suka untuk menenangkan diri daripada segala masalah yang ada.
Aieyn, berbeza dengan yang lain, kini sedang berdiri jauh dari mereka semua. Dia bersendirian berdiri atas sebuah batu besar memikirkan sesuatu yang merunsingkan. Seorang diri dan tidak ditemani oleh sesiapa. Buat seketika, dia ingin bersendirian dan mengasingkan diri dari semua orang. Di bawahnya pula, ombak besar memukul dengan kuat. Dia merenung laut itu sambil mengelamun sendiri mengenai perkara yang hanya menjadi masalah kepadanya. Kenapa dia tidak boleh berjinak-jinak dengan air seperti yang dilakukan oleh semua orang?
"Cuba awak sukakannya."
Kata-kata Farra sentiasa terngiang-ngiang di telinganya seperti satu suara halus yang bergema. Suka dengan air? Itu adalah perkara yang amat mustahil untuk dia lakukan dalam banyak-banyak perkara. Apa yang perlu dia buat? Macam mana pula hendak membuat dirinya berjinak-jinak dengan air?
Aieyn merenung laut itu sekali lagi. Tempat yang boleh dikatakan sebagai musuh kepadanya. Daripada pelbagai ciptaan, itu menjadi takdir yang berlawanan pada dirinya. Sesuatu yang amat ditakutinya.
Perlahan-lahan dia berdiri dan berjalan menuju ke hujung batu tempat dia sedang duduk itu seperti seseorang yang kena sampuk. Dia menarik nafas panjang sambil memejamkan matanya dengan kuat seolah-olah ada orang yang membuatkan dia melakukan semua itu. Tidak semena-mena sahaja dia melompat terjun ke dalam laut itu dengan ketinggian berpuluh kaki membuatkan air itu bergelora kuat.
Gadis berambut perang itu muncul di dasar laut sambil tercungap-cungap setelah berusaha mengapungkan diri. Dia memandang sekeliling sambil cuba melawan arus laut yang sepertinya tidak suka dengan kehadirannya di situ. Ombak pada ketika itu terlalu kuat memukulnya menyebabkan dia tenggelam semula ke dalam air. Dia berusaha untuk berenang dan menyelamatkan dirinya. Terkapai-kapai seperti seseorang yang langsung tidak tahu berenang.
Malangnya, Aieyn masih tidak dapat mengawal dirinya. Tenaganya mula hilang sedikit demi sedikit dalam pergelutan yang tidak diketahui penghujungnya itu. Dia tenggelam kembali ke dalam laut walaupun sudah mencuba sedaya-upaya untuk naik ke dasar semula entah apa sebabnya.
"Farra!!"
Farra yang kini sedang asyik mendengar bunyi ombak dan menikmati udara di situ membuka matanya perlahan-lahan yang dipejamkan sebentar tadi. Dia sepertinya hampir terlelap sebentar tadi dengan ketenangan yang amat terasa. Dia memandang Lily yang duduk di sebelahnya. Gadis berambut pendek itu kini sudah membalas pandangannya kerana perasan reaksi mengejut padanya.
YOU ARE READING
Huruf ✔
Fantasy"Buku ke-1 dalam TRIPLE H THE SERIES" #TheWattys2016 winner Ia mengisahkan mengenai satu kelompok yang kecil dengan gelaran HURUF (ALPHABET). Percaya atau tidak, mereka mempunyai kuasa ataupun keupayaan berdasarkan Huruf pada nama mereka. Ia b...