PROLOG

50.1K 1.4K 22
                                    

SEORANG gadis terus keluar dari keretanya sebaik sahaja dia memarkir keretanya di hadapan Faris Holdings. Tujuan dia datang ke sini hanya satu. Berbincang dengan Tengku Faris a.k.a mamat ketul ais beku.

Dia terus mengunci keretanya sebelum masuk ke dalam company yang tersergam mewah. Gadis itu terus ke kaunter Information. "Assalamualaikum." Kata gadis itu kepada staf yang berada di kaunter Information.

"Waalaikumusalam. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Balas staf yang berada di situ. Gadis itu terus mengeluarkan iPhone 6nya daripada handbag yang tak berapa berjenama.

"Yes. Hm, Tengku Faris ada tak?" Soal gadis itu lagi lalu menghulurkan iPhonenya kepada staf di kaunter Information itu. Gambar Tengku Faris dicarinya tadi dalam aplikasi Google Images sebelum dia save gambar itu. Tetapi, dia tidak boleh menyimpan gambar lelaki. Oleh itu, dia hanya menunjukkan gambar itu kepada staf yang berada di kaunter itu.

Terus iPhone gadis itu diberikan semula. "Tengku Faris ada, tapi dia kata dia tak nak berjumpa dengan sesiapa buat masa sekarang." Kata staf itu lagi. Gadis itu sudah menghela nafas.

Nampak gaya gadis itu seperti benar-benar mahu bertemu dengan Tengku Faris. "Melainkan, cik ada buat apa-apa appointment dengan dia." Sambung staf itu lagi.

Gadis itu menggeleng seraya memasukkan semula iPhonenya ke dalam handbag. "Saya takde buat appointment dengan dia. Tapi saya betul-betul perlu bertemu dengan Tengku Faris." Kata gadis itu hampir berputus asa.

Staf di situ mula menekan button pada interkom. "Encik Faris, ada yang nak berjumpa encik." Kata staf itu. Setelah gadis itu berkata sedemikian, terus terdengar singa mengaum. "Kan saya dah kata, saya tak nak bertemu dengan sesiapa. Lagi pun hari ni saya takde apa-apa appointment." Kata Tengku Faris dengan nada serius.

"Baiklah, encik." Gadis itu agak geram dengan perlakuan staf di situ yang seperti tidak mahu membantunya. "Tolong saya, cik. Saya ada hal yang nak dibincangkan dengan Tengku Faris." Kata gadis tadi. Suaranya yang tadi lembut sudah bertukar serius.

"Cik cakap dekat dia, Nur Azwa nak berjumpa dengan dia. Urgent sangat." Kata gadis itu lagi. Terus staf di situ menekan lagi button pada interkom untuk disambungkan panggilannya kepada Tengku Faris.

Sekali lagi kedengaran singa mengaum kelaparan. "What now?" Soal Tengku Faris. Kali ini suara dia kedengaran bengang. Gadis tadi menanti dengan penuh berharap.

Staf di situ sudah berpeluh-peluh. Haih, nak kata company ni takde air-cond... Dekat merata tempat ada. Air-cond siling pun berlambak. "Encik Faris, Cik Nur Azwa nak berjumpa. Katanya urgent sangat."

Lega gadis itu mendengar apa yang dikatakan oleh staf itu tadi. "Azwa? Saya tak kenal dia siapa. Jangan bagi dia enter pejabat saya." Kata Tengku Faris dengan nada bongkak pula.

Gadis yang digelar 'Azwa' sudah terlopong seketika. Dia tak kenal aku? Tipu la. Siap bagi amaran dekat staf dia lagi supaya jangan bagi aku enter pejabat dia. Apa dia ingat aku nak sangat ke enter pejabat dia tu. Getus hati Azwa.

Terus singa kelaparan itu tadi menamatkan panggilan pada interkom. "Cik dengar sendiri kan apa yang Encik Faris cakapkan. Maafkan saya cik, saya tak dapat nak membantu. Saya dah usaha sehabis baik dah ni. Saya risau kalau saya call Tengku Faris lagi sekali, saya pulak yang kena pecat nanti. Saya sarankan supaya cik datang semula esok." Kata staf itu tadi.

Azwa sudah rasa bersalah pula kerana dia yang meminta staf itu untuk call Tengku Faris berulang kali. "Okey la, cik. Saya minta maaf sangat-sangat sebab dah menyusahkan cik. Saya minta diri dulu la, ya." Kata Azwa dengan ikhlas sebelum dia berlalu pergi.

Kemudian interkom berbunyi, mujurlah Azwa masih lagi di dalam kawasan company Tengku Faris. "Cik Azwa." Panggil staf itu. Azwa terus berpaling lalu terus ke kaunter Information tadi apabila namanya dipanggil.

"Siapa yang nak jumpa saya tadi?" Soal singa kelaparan itu dengan nada serius. Hish mamat ni. Serius je memanjang. Siapa la yang nak buat suami kalau macam ni. Bebel Azwa dalam hati.

"Nur Azwa, Encik Faris." Kata staf itu tadi. Terus singa mengaum minta makanan mengeluarkan arahan. "Suruh dia masuk pejabat saya, right now. Saya bagi dia lima minit. Kalau dia lambat, saya tak nak berjumpa dia."

"Baik, Encik." Terus panggilan dimatikan. "Cik Azwa naik lif ke tingkat 20. Then, Cik terus je ke pejabat Encik Faris. Dia bagi cik lima minit. Kalau cik lambat, dia tak akan berjumpa dengan cik dah." Terang staf itu.

Senyuman manis terukir di bibir Azwa. "Alhamdulillah. Thank you so much cik. Saya minta diri dulu." Pamit Azwa lalu dia terus ke lif untuk ke tingkat 20. Terus lif terbuka. Jam di pergelangan tangannya dipandang sekilas.

Haish, dekat kaunter tadi dah hilang seminit. Susah betul la nak deal dengan Tengku Faris ni. Aku baru je balik dari Mesir, dah dapat berita mengejut daripada ummi dengan walid. Lepas tu dipaksa pulak datang ke sini semata-mata nak berjumpa dengan singa tu. Bebel Azwa sendirian.

Tengok la, aku pun dah macam orang gila bercakap dengan diri sendiri. Nasib la takde orang dalam lif ni. Terus dia tiba di tingkat 20. Azwa terus ke pejabat Tengku Faris setelah staf di situ menunjukkan bilik pejabat Tengku Faris yang besar lagi gah itu.

Azwa terus membuka pintu pejabat Tengku Faris dan membiarkan sahaja pintu bilik pejabat itu terbuka. Tak elok kalau berdua je. Kalau nak berdua sekali pun, biar la pintu terbuka. Dah la takde apa-apa ikatan. Kena pulak dengan yang bukan muhrim, tak pasal-pasal kahwin free je. Tak nak aku.

"Assalamualaikum. Tengku Faris, we need to talk." Kata Azwa setelah masuk ke bilik pejabat Tengku Faris. "You have waste three minutes. Now you have two minutes more. Go ahead, what's the urgent matter?" Kata Tengku Faris dengan nada seriusnya.

Terus jam di pergelangan tangan dipandang. "Sorry, but I just waste two minutes and I have three minutes more." Kata Azwa dengan serius juga.

"It's about our marriage. Tengku Faris, why......" Belum sempat Azwa menghabiskan kata-katanya, Tengku Faris sudah memintas. "Time's up." Kata Tengku Faris lagi tanpa menghiraukan Azwa.

"Kenapa Tengku masih nak teruskan perkahwinan ni? Bukan sebelum ni Tengku menentang habis-habisan ke? Kenapa? Dah mengalah? Please stop your game. I hate it." Sembur Azwa. Dia tak peduli. Dia tak kisah la Tengku Faris sentap ke dengan apa yang dia katakan tadi.

Siapa je la yang suka dipergunakan. Siapa je la yang suka dipermainkan. Aku ni pun manusia la. Manusia yang ada hati dan perasaan. Terus Azwa mengesat air matanya.

"Okay, my time is up. I have to go now. Assalamualaikum." Kata Azwa lalu pergi meninggalkan Tengku Faris yang terpinga-pinga. "Waalaikumusalam." Jawab Tengku Faris yang masih dengan nada serius.

Mr And Mrs TengkuWhere stories live. Discover now