BERULANG kali Tengku Faris mengetuk pintu bilik Ariana. Tetap tiada jawapan setelah berkali-kali mengetuk pintu. Pengsan ke apa.
Tak lama kemudian barulah Ariana membuka pintu tetapi sedikit. Kepalanya dikeluarkan sedikit. Tangannya memegang pintu. Terkejut juga dia apabila melihat Tengku Faris yang mengetuk pintu biliknya. Nak aje dia menjerit.
"Faris. Kenapa ni?" Tengku Faris tersenyum gembira.
"Jom la. Kita sarapan." Tengku Faris lalu menarik tangan Ariana. Ariana tetap tidak mahu keluar. Dah kenapa dia tu. Ada lelaki lain ke dalam bilik dia tu. Aipp.
"Wait, honey. I tak mandi lagi." Tengku Faris mengerling jam tangannya. Dia mengeluh.
"Pergi la mandi. I tunggu dekat lobby." Ariana mengangguk.
"Alright, honey." Tangan Tengku Faris dilepaskannya lalu menutup pintu dan menuju ke bilik air.
***
ARIANA masih merangkul lengan Tengku Faris. Sejak selesai sarapan tadi lagi. Dah macam ulat bulu, nak menggedik dengan Tengku Faris. "Okey la. I nak pergi kerja." Tengku Faris melepaskan rangkulan Ariana pada lengannya.
Ariana menarik muka. "You balik hari ni kan. I nak ikut tapi I belum shopping lagi." Ariana kedengaran merajuk.
"I balik lepas kerja selesai." Ariana memasamkan mukanya. Siapa yang nak belanja dia shopping. Sendiri pilih, sendiri bayar la. Nak Tengku Faris pulak yang bayarkan.
Ariana menggeleng berkali-kali. "I nak ikut. I nak balik dengan you." Eleh. Tipu je tu. Padahal sebenarnya nak naik private plane sekali dengan Tengku Faris. Jimat duit dia tak perlu beli tiket.
Tengku Faris mengerling jam tangan mahalnya. Kemudian dompet dikeluarkannya. Kad visanya dihulurkan kepada Ariana. "Shop till you drop." Ariana rasa nak menjerit je lepas Tengku Faris berkata demikian.
"Thank you, honey." Ariana mengambil huluran kad visa itu. Kad visa weh. Siapa la yang tak nak. Macam-macam kau boleh beli dengan kad ni.
Kiranya, tiket kapal terbang, Tengku Faris la yang tanggung. Demand betul Ariana. Memang dah tak ada duit sendiri ke macam mana.
"Bye, honey." Ariana mencium pipi Tengku Faris. Terkejut Tengku Faris bukan kepalang. Siapa la tak terkejut. Ish ish ish, Ariana ni.
Tengku Faris berlalu pergi bersama Kruz. Kali ni Kruz diam je. Tak buka mulut walau seinci. Buatnya Tengku Faris marah dia lagi.
***
AZWA dan Athirah semakin rancak berbual. Bila dah ada geng ni, jadi macam Stacy dengan Adam pulak. "Wawa. Jaga Ikhmal sekejap. Ira nak ke tandas. Sekejap je." Ikhmal ni anak kepada Athirah dan Tengku Adrian. Baru berusia lapan bulan lima belas hari. Siap dengan hari lagi. Ceh.
Azwa mengangguk. Sewaktu Azwa ingin mengambil Ikhmal daripada tangan Athirah, dia terperasan yang lengan Athirah ada kesan berbirat. Banyak, bukannya sedikit. Masih merah lagi. Macam baru lepas kena je.
Nak aje Azwa bertanya tapi Athirah kan nak ke tandas. Lepas Athirah kembali baru dia bertanya. Athirah mengambil Ikhmal daripada pangkuan Azwa. Comel betul si Ikhmal ni. Comel sangat. Ikut muka siapa la agaknya.
"Ira..." Azwa memanggil. Nak tanya ni. Jangan marah pulak ya. Azwa menggigit bibir. Nak tanya tapi nanti Athirah ingat Azwa ni kurang sopan pulak.
"Ya." Athirah mengusap-usap pipi tembam Ikhmal. Memang boleh nampak dengan jelas kesan berbirat pada lengan Athirah. Azwa jadi kesian. Macam mana boleh ada kesan berbirat tu ya. Azwa jadi tertanya-tanya pula.
YOU ARE READING
Mr And Mrs Tengku
RomanceSinopsis : Rela dalam terpaksa, Nur Azwa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh ummi dan walidnya demi kebahagiaan mereka. Dah la terpaksa berkahwin dengan Tengku yang sifatnya mengalahkan iceberg yang beku tu. Memang kehidupan Azwa penuh caba...